Friday

Ke arah Memahami Penyata Kewangan 1


Terdapat tiga penyata kewangan yang penting dalam sesuatu perniagaan iaitu:

• Penyata Pendapatan;
• Kunci Kira-kira; dan
• Penyata Aliran Tunai.

Penyata kewangan merekodkan prestasi perniagaan dan membolehkan anda dan yang lain mengenal pasti kekuatan dan kelemahan perniagaan dengan menyediakan ringkasan bertulis mengenai aktiviti kewangan bagi tempoh tertentu. Untuk menguruskan perniagaan secara proaktif, anda perlu merancang bagi menyediakan penyata kewangan ini secara bulanan, mengkaji semula hasil dan membuat analisis untuk penambahbaikan.

Read more...

Kisah Dua orang sahabat



Dua orang sahabat yang sedang bermusafir melalui sebuah padang pasir yang luas. Sebaik sampai sahaja di suatu tempat perhentian maka berlaku satu pertengkaran di antara mereka, oleh kerana kepenatan agaknya, seorang daripada mereka tidak dapat menahan kemarahannya lalu menampar sahabatnya itu. Sahabat yang kena tampar tadi sangat marah, kecewa dan tersinggung, tetapi tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun lantas ia menulis kemarahannya di atas pasir di situ:

"HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR MUKAKU"

Mereka meneruskan perjalanan, sehingga mereka menjumpai sebuah tasik, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi di situ. Salah seorang daripada mereka (yang kena tampar) telah mengalami kejang otot dan lemas, tetapi sahabatnya telah sempat menyelamatkannya dari lemas. Selepas pulih sepenuhnya dan sejurus sebelum meneruskan perjalanan, ia sekali lagi sempat mencatatkan peristiwa tadi di atas batu di situ:

"HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU"

Sahabatnya itu bertanya dengan kehairanan kepadanya, "Kenapa selepas aku menampar mukamu, engkau menulis di atas pasir, dan sekarang, engkau menulis pula di atas batu?"

Sahabat itu menjawab: "Apabila seseorang menyakitimu, kita perlu menulis di atas pasir, supaya bayu kemaafan boleh memadamkannya, tetapi apabila seseorang melakukan kebaikan kepada kita, kita mesti memahatkannya di atas batu, supaya angin (kemarahan) tidak dapat memadamkannya (melupakannya)."

Read more...

Sunday

Tahniah kepada Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM


Tahniah kepada Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM di atas pengiktirafan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) oleh Majlis Institut Akauntan Malaysia (MIA) pada 29 Mei 2013.


MIA juga menangguhkan proses akreditasi untuk program ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) yang ditawarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Proses akreditasi akan disambung semula selepas pihak  OUM memperbetulkan bidang-bidang yang disyorkan bagi pembaikan oleh Majlis MIA.

Manakala permohonan pengiktirafan dari Universiti Antarabangsa INTI bagi program ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)  mereka sedang dalam proses penilaian pihak Majlis MIA.

Sumber:
1 - Laporan Tahunan MIA 2013
2 - http://www.mia.org.my/new/members_being_application.asp

Read more...

Saturday

Mengapa perlu belajar Perakaunan?
Terdapat dua sebab: (1) kerana ia adalah perlu dan (2) kerana ia adalah bermenafaat.

 Seorang pemilik perniagaan kecil akan mendapati bahawa mempunyai maklumat perakaunan dan memahami apa yang maksudnya adalah perkara biasa diperlukan dalam menguruskan perniagaan. Di samping itu, bank akan memerlukan satu set penyata kewangan sebelum ia akan meluluskan sesuatu pinjaman, dan semua penyata itu datang daripada rekod-rekod perakaunan.

Adalah tidak berbalaloi bagi perniagaan kecil menggaji seorang akauntan profesional. Sektor Perakaunan menyediakan peluang pekerjaan yang luas dan banyak. Dalam kajian demi kajian, kerjaya di bidang perakaunan telah disenaraikan di dalam bidang-bidang profesional teratas dari segi pertumbuhan pekerjaan masa depan. 

Bagi pelajar-pelajar ingin menjadi akauntan Chartered, ACCA atau CIMA hendaklah perlulah menjalani latihan mengikut laluan yang telah ditetapkan MIA
Read more...

Wednesday

Professional Accounting Centre To Be Set Up To Boost Number Of Bumiputra Accountants - Najib

KUALA LUMPUR, June 18 (Bernama) -- The government will create a professional accounting centre at Universiti Teknologi Mara (UiTM) to boost the number of professional Bumiputra accountants.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Wednesday said the centre would offer four professional accounting studies, namely, Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Certified Institute of Management Accountants (CIMA) and Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA).

"Through the programme, we target to boost the number of Bumiputras holding professional accounting certificates from only eight percent or 1,554 Bumiputra currently, to 25 percent by 2020," he said.

The Prime Minister said this to reporters after chairing the No 6/2014 Bumiputra Economic Meeting (MEB) at Parliament Building, here.

Najib said the number of Bumiputra students who qualified in accounting at the university level was 64 percent or 7,363 of 11,660 students nationwide.

Furthermore, Najib said the meeting also proposed to amend the Accountants Act 1967 to encourage more Bumiputra to have qualifications in professional accounting.

"We also discussed to study the anomaly which exists at present. In the government, those having a degree in accounting get more pay than accountants with professional qualifications.

"As such, this does not provide an incentive to them (those with degree qualifications) to sit for the professional accounting certification offered," he said.

Najib hoped the measures could correct the situation and was confident the number of Bumiputra professional accountants could be boosted in a certain period of time.

Also present was Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Abdul Wahid Omar and International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed.

-- BERNAMA

Read more...