Wednesday

Masa itu Kehidupan

Seorang pemuda yang gagah dan perkasa keluar mencari pekerjaan sebagai seorang penebang kayu balak. Setelah melalui satu proses temuduga ia telah diterima bekerja di sebuah syarikat pembalakan.

Pada hari pertama ia memulakan pekerjaannya, ia melakukan satu permulaan yang tersangat baik sehinggakan penyelia dan pengurus syarikat pembalakan tersebut melahirkan kegembira an kerana jarang-jarang mereka mempunyai pekerja yang segagah dan seperkasa itu di mana ia mampu menebang sehingga sepuluh batang pokok sehari.

Pada hari kedua ia bertambah bersemangat dan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh lagi sementelahan setelah mendapat pujian dari ketuanya semalam, tetapi pada hari itu ia cuma mampu menebang lapan batang pokok sahaja.



Pada hari ketiga ia bekerja dengan lebih keras lagi daripada hari kedua, tetapi malangnya bilangan pokok balak yang mampu ditumbangkannya semakin berkurang. Akhirnya pada petang hari kelima ia bekerja, ia telah dipanggil ke pejabat oleh penyelia syarikat pembalakan tersebut kerana pada hari tersebut ia masih belum lagi dapat menumbangkan sebatang pokok pun. Dengan linangan air mata pemuda itu berkata kepada penyelianya.

Pemuda: Tuan, setiap hari saya telah bekerja lebih kuat daripada biasa, tetapi pada hari ini sebatang pokok pun saya tidak dapat menumbangkannya.

Penyelia: Kalau kamu dah bekerja dengan lebih kuat tapi kenapa sebatang pokok pun tidak boleh tumbangkan

Pemuda: Tapi tuan, saya dah cuba dan buat bersungguh-sungguh.

Penyelia: Adakah kamu menuggunakan sedikit masa kamu setiap petang untuk menajamkan kapak kamu?

Pemuda: Tidak tuan, saya tidak sempat untuk menajamkannya kerana terlalu sibuk bekerja.



No comments:

Post a Comment