Saturday

Guru O Guru

Ciri-ciri Guru Menurut Islam

1)Mestilah penyayang terhadap muridnya. Dalam konteks mengajar dan mengasuh pelajar-pelajarnya sama seperti ia mengajar dan mengasuh anak-anaknya sendiri.

2)Menjadikan Rasulullah sebagai model ikutan dalam mendidik pelajar-pelajar

3)Menyekat unsur-unsur negatif dengan cara hikmah supaya tidak berlaku reaksi/tindakbalas negatif dari pelajar-pelajar.

4)Tidak meremehkan ilmu-ilmu lain yang baik dan berfaedah dalam kehidupan manusia.

5)Mengajar dan mendidik mengikut tahap yang sesuai dengan umur dan akal pelajar

6)Guru hendaklah beramal dengan ilmu yang diajar dan ellakkan 'double standard' dalam semua pendidikan.

adaptasi dari: Elakkan Double Standar Dalam Mendidik, Majalah Haluan, Mei/Jun 2007



-------------------------
Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


No comments:

Post a Comment