Tuesday

Peluang Melanjutkan Pelajaran dalam Bidang Perubatan di Fakulti Perubatan Uinversiti Al-Azhar, Universiti Zagaziq, Universiti Mansoura dan lain-lain


Maklumat Pengajian Perubatan di Mesir

Di Mesir terdapat 7 buah Fakulti Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia iaitu Fakulti Perubatan;
1)Universiti Al-Azhar,
2)Universiti Cairo,
3)Universiti Bin Shams,
4)Universiti Tanta,
5)Universiti Mansurah,
6)Universiti Zarqaziq dan
7)Universiti Alexandria.

Tempoh pengajian di universiti-universiti ini ialah enam tahun, bahasa pengantar pengajian ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Kelayakan Masuk

Kelayakan akademik untuk memasuki universiti-universiti tersebut ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan minima B4 dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.

Kelayakan Khas

Untuk memasuki Universiti AI-Azhar, pelajar hendaklah lulus Bahasa Arab Tinggi dan menghafal sekurang-kurangnya enam juzuk AI-Quran sebelum mendaftar atau semasa belajar.

Sesi Pengaiian

Sesi pengajian bermula pada minggu pertama bulan September 2008.

Yuran Pengaiian

Yuran pengajian: Tahun Pertama USD2,000 dan tahun-tahun berikutnya sebanyak USD8,000.

Dibuka kepada pelajar-pelajar semua kaum beragama Islam yang lulus dengan baik di peringkat SPM, Matrikulasi, Diploma dan Degree.

Pengambilan pertama ke universiti-universiti tersebut sudahpun menerima surat tawaran.

Keistimewaan:

· Tempoh pengajian 6 tahun.
· Yuran pengajian tahun pertama hanya USD2,000.00.
· Bahasa pengantar Bahasa Inggeris.
· Perhatian khas oleh universiti untuk menjamin kejayaan yang baik.
· Kelas Bahasa Arab, Matapelajaran Agama dan Hafazan Al-Qur`an disediakan.
· Penyeliaan dan penempatan pelajar diuruskan.


Maklumat lanjut, hubungi:

Akademi AlQuran Medic
Medic Mesir

7 comments:

  1. Salam, saya terpanggil utk memberi komen ttg Yuran pengajian setiap universiti.

    Menurut Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Yuran Pengajian setiap U adalah seperti berikut:

    Program MoU:(tahun1-6)
    Uni Kaherah: USD8000
    Uni Iskandariah: USD8000
    Uni Ain Syams: USD8000
    Uni Mansurah: USD8000
    Uni Zaqaziq: USD7000
    Uni Tanta: USD7000

    Read more http://i67.photobucket.com/albums/h282/hood_sunny/Salinan/pengesahanyuran-1.jpg

    Nurulhuda Ahmad Sani
    Perubatan Tahun 2
    Universiti Tanta
    Mesir

    ReplyDelete
  2. terima kasih Huda, yuran2 yg Huda nyatakan tu utk satu sesi atau keseluruhan kursus? sila respon kpd en.ilyasak@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salam alayk..

    Menurut apa yang saya ketahui.. USD2000 utk tahun pertama telah diperolehi selepas muqabalah dari kedua2 pihak.. Ini adalah untuk meringankan beban pelajar terutamanya yang kurang mampu.. Kerana pada tahun kedua akan mendapat biasiswa JPA/MARA atau lain2 bagi yang LAYAK sahaja.. Yang tak layak boleh dapat pinjaman.. Kerana bagi pada tahun 1 tuh akan ditimbal balik dengan yuran2 pada tahun berikutnya.. Sbb tu la pada tahun2 2-6 yuran adalah USD8000..

    Harap ulasan saya dapat menjawab persoalan yang ditimbulkan..

    Sekian...

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. bagi ibu bapa yang tak mampu menanggung kos pengajian tapi anaknya layak untuk ambil bidang perubatan, ada apa2 bantuan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa alternatif.

      1) Dermasiswa daripada majlis agama negeri (bagi rakyat negeri tsbt shj kecuali Selangor krn syarat Selangor lebih mesra umat Islam) seperti Selangor, Perak, NS dan Melaka.

      2) Menanggung sendiri bagi tahun pertama dan memohon pinjaman (bolehubah) MARA dan JPA syaratnya mesti lulus peperiksaan tahun pertama. Anggaran kos tahun pertama ialah RM10,000 - RM20,000 bergantung kepada tempat jika di Timur Tengah, tapi bagi tempat-tempat lain saya tiada maklumat. Jika anak layak dan 'sangat' berminat saya cadangakan supaya puan buat pengorbanan.

      Delete
  5. Assalamualaikum saya ditawarkan mengikuti pengajian ijazah pergigian di universiti al azhar oleh akademi alquran medic malaysia,adakah saya juga perlu mengambil kos selain kos pergigian contohnya usuluddin dan apakah bahasa pengantara yang digunakan oleh para pensyarah kerana saya sangat2 berminat untuk melanjutkan pelajaran disitu malangnya saya tiada basic bahasa arab harap encik dapat membantu saya membuat keputusan

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam. Cuba dapatkan maklumat lanjut dari Akademi AlQuran kerana saya yakin mereka mempunyai maklumat lengkap. Biasanya ejen (Akademi AlQuran Medic) mempunyai hubungan yang erat dengan pihak-pihak universiti di Mesir. Kalau di Mansoura tempat anak saya mengaji ia hanya mengikuti kursus perubatan sahaja yang dijalankan dalam bahasa Inggeris, manakala perkara-perkara lain diikuti berdasarkan kepada inisiatif persendirian di musim cuti panjang. Terdapat juga ejen-ejen tertentu yang menyediakan kursus bahasa Arab intensif bagi pelajar-pelajar di bawah khidmat mereka sebelum berangkat ke Mesir. Jika minat yang mendalam elok teruskan dengan banyakkan memohon pertolongan Allah.

    ReplyDelete