Friday

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.



Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid

* Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
* Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
* Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
* Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
* Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.
* Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
* Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.



Strategi Pembelajaran


Pengenalan

Di sekolah bestari guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.

Jenis-Jenis Strategi

Strategi Direktif
Pelajar belajar melalui penerangan tentang konsep/kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru.

Contoh : Kuliah, latih-tubi


Strategi Pemerhatian
Pelajar belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran.

Contoh : Demonstrasi, ‘modelling’.

Strategi Mediatif
Pelajar belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong pelajar.

* belajar bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah
* membuat keputusan
* mengenalpasti andaian
* menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis


Contoh: ‘dialectical reasoning’, ‘concept attainment’, ‘concept formation’, ‘inquiry training’, ‘open-ended discussion.’

Strategi Generatif
Murid digalakkan menjanakan idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.

Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda, ‘synectics’, pemikiran lateral dan kreatif, metafora

Strategi Kolaboratif
Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masaalah.

Contoh: Pembelajaran koperatif

Strategi ‘Outside-context’
Pelajar belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa.

Contoh: Seminar, bengkel, projek

Strategi Metakognitif
Pelajar memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang difikirkan:

* Apakah yang saya telah belajar?
* Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya?
* Apakah bantuan yang saya perlu?


Gaya Pembelajaran


Pengenalan

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal.

Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut :


* Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
* Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu.
* Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
* Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

Elemen-Elemen Gaya Pembelajaran

Gambarajah berikut mempamerkan elemen-elemen gaya pembelajaran yang dikenal pasti oleh Dunn & Dunn (1974).

sumber:
http://mahirppb.tripod.com/
LAMAN WEB RASMI SK KIONSOM INANAM, SABAH

1 comment:

  1. mohon share ya. nak buat rujukan. thankx ya.

    ReplyDelete