Friday

Pembelajaran Bersifat Individu

Pengenalan

Pembelajaran Bersifat Individu mengambilkira keperluan , minat dan kebolehan pelajar secara individu.Oleh itu isi kandungan, pendekatan, dan kadar kemampuan pelajar mesti diserasikan dengan keupayaan serta sifat-sifat keperibadian umum pelajar.

Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu adalah seperti berikut:
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Kadar Kendiri
Pembelajaran Terarah Kendiri
Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit yang mengikut pemeringkatan. Pelajar akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasai sesuatu subunit yang sedang dipelajarinya.

Prosedur Pembelajaran Masteri





Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)

Pelajar diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui modul pembelajaran berperingkat . Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan terus ke tahap yang lebih tinggi atau topik lain.

Jenis-jenis PKK :

* Modul dan pakej pembelajaran.
* Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) ("Programmed Instruction").
* Audio-tutorial.
* “Keller Plan” iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya.
* Pembelajaran berbantukan komputer.


Pembelajaran Terarah Kendiri(PTK)
Pembelajaran yang digerakkan oleh motivasi intrinsik. Objektif utama ialah untuk mempertingkatkan pembelajaran kendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. PTK adalah satu strategi yang mendidik pelajar menjadi pelajar yang berdikari.



Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan arah-kendiri bagi setiap pelajar



Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran yang menggunakan kemudahan akses kendiri dan bahan-bahan yang mudah dikendalikan serta tanpa pengawasan secara langsung oleh guru.

---------------------------------------------------------------------------

Pembelajaran Akses Kendiri
Written by Alieya Batriesya

Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid belajar sendir i dengan menggunakan akses di baw ah pengaw asan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keper luan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. PAK memberi latihan secara tidak langsung kepada murid untuk belajar berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK bertujuan melahir kan pelajar yang bertanggungjaw ab serta berautonomi.

Image
OBJEKTIF

1. Memperoleh kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.
3. Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri.
4. Mentaksir sendiri pencapaian mereka.
5. Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.
6. Mengenalpasti bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing.

CIRI-CIRI

1. Pembelajaran lebih fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.
2. Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses.
3. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas.
4. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan.
5. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid.
6. Membolehkan mur id mentaksir pencapaian sendiri.
7. PAK dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan dan pusat mudah alih.
sumber:
http://mahirppb.tripod.com
LAMAN WEB RASMI SK KIONSOM INANAM, SABAH

No comments:

Post a Comment