Tuesday

Kemelesetan Besar (Great Depression)


Hubungan antara ekonomi laissez-faire dan tercetusnya Kemelesetan Besar banyak dipertikai. Sesetengah ahli ekonomi dan sejarah (termasuk John Maynard Keynes) mendakwa bahawa dasar ekonomi laissez-faire merangsang keadaan di mana tercetusnya Kemelesetan Besar. Pengkaji lain seperti Milton Friedman dan Murray Rothbard pula berkata bahawa Kemelesetan itu bukan berpunca daripada dasar ekonomi laissez-faire, sebaliknya disebabkan campur tangan kerajaan dalam sistem monetari dan kredit. The issue, as outlined below, remains heavily debated in economic, historical, and political spheres.

Dalam hasil kajian Keynes pada tahun 1936, berjudul The General Theory of Employment Interest and Money, Keynes memperkenalkan konsep-konsep dan istilah-istilah yang bertujuan membantu menjelaskan Kemelesetan Besar. Satu hujah yang menyokong dasar ekonomi laissez-faire sewaktu kemelesetan adalah jika penggunaan berkurangan, maka kadar faedah turut berkurangan. Kadar faedah yang rendah akan menyebabkan meningkatnya perbelanjaan pelaburan sementara permintaan adalah tetap. Namun begitu, Keynes percaya ada sebabnya pelaburan tidak semestinya meningkat begitu sahaja sebagai tindakbalas kepada penurunan dalam penggunaan. Perniagaan melabur berdasarkan jangkaan untung. Menurut Keynes, jika penurunan penggunaan dilihat kekal dalam jangka masa panjang, perniagaan yang menganalisa perkembangan itu akan mengurangkan jangkaan jualan masa hadapan. Maka, perkara paling remeh bagi perniagaan adalah melabur untuk peningkatan pengeluaran masa hadapan jika sekalipun kadar faedah rendah memurahkan modal. Kalau begitu, menurut Keynes dan bertentangan sekali dengan hukum Say, ekonomi boleh menjunam ke dalam kejatuhan harga umum. (Keen 2000:198)




Ahli ekonomi berfahaman Keynes dan sejarawan berhujah bahawa dinamik mengukuhkan diri ini adalah apa yang berlaku dengan meluasnya ketika Kemelesetan, apabila kemuflisan sering berlaku dan pelaburan yang memerlukan sikap optimis tidak mungkin menjadi. Penyelesaian kepada masalah ini adalah mengurangkan ketidakstabilan pasaran melalui campur tangan kerajaan. Dalam pandangan beliau, oleh sebab tidak boleh bergantung pada sektor swasta bagi mewujudkan permintaan agregat ketika kemelesetan, kerajaan bertanggungjawab mewujudkan permintaan. Perdebatan cendekiawan mengenai punca-punca Kemelesetan Besar mempersoal penglibatan ekonomi laissez-faire dalam insiden itu, ada yang menyalahkannya dan yang lain melepaskannya.

Sebaliknya, Friedrich August von Hayek dan Milton Friedman berhujah bahawa Kemelesetan Besar bukan disebabkan dasar ekonomi laissez-faire, sebaliknya berpunca daripada terlalu banyak campur tangan dan kawalan kerajaan terhadap pasaran. Mereka menunjukkan bahawa Kemelesetan Besar adalah zaman kemelesetan yang terlama sepanjang sejarah A.S. dan satu-satunya zaman kemelesetan apabila kerajaan agak banyak campur tangan. Dalam hasil kajian Friedman berjudul Capitalism and Freedom beliau berhujah: "Sebuah agensi ditubuhkan kerajaan, iaitu Sistem Rizab Persekutuan, telah ditanggungjawabkan untuk dasar monetari. Pada tahun 1930 dan 1931, Sistem itu mengerjakan tanggungjawab ini dengan tidak cekap bagi mengubah apa yang sepatutnya menjadi pencuncupan sederhana, menjadi malapetaka besar."


Lebih-lebih lagi, kerajaan persekutuan A.S. telah mewujudkan penetapan nilai mata wang pada nilai emas. Pada satu masa nilai tetap itu lebih tinggi berbanding harga sedunia, lalu menimbulkan lebihan emas yang besar. Permintaan sedunia untuk emas naik mendadak, tetapi nilai tetap itu terlalu rendah di A.S. ini menimbulkan migrasi emas besar-besaran dari A.S. Friedman dan Hayek berhujah bahawa ketidakmampuan untuk bertindakbalas kepada permintaan mata wang ini menimbulkan serbuan yang sukar ditangani bank. Ketidakmampuan bank-bank menangani serbuan ini, serta kadar mata wang tetap antara dolar dan emas; sama-sama menimbulkan Kemelesetan Besar dengan mewujudkan tetapi tidak mengekang tekanan kemelesetan. Hujah beliau lagi dalam tesis ini, kerajaan memburukkan lagi keadaan terhadap orang awam Amerika dengan mula-mulanya menaikkan cukai, kemudian mencetak wang untuk melangsaikan hutang (sekaligus menimbulkan inflasi), sama sekali mendorong pengosongan simpanan golongan tengah. Friedman membuat kesimpulan bahawa kesan-kesan Kemelesetan Besar tidak diaasi sepenuhnya sehingga selepas Perang Dunia II apabila ekonomi menyaksikan keadaan kembali normal dengan penghapusan banyak kawalan harga. Pendapat ini secara khususnya menyalahkan gabungan dasar-dasar Rizab Persekutuan dan pengaturan ekonomi A.S. sebagai punca-punca Kemelestan Besar, dan bahawa kemelesetan ini diburukkan lagi dengan menaikkan cukai pendapatan pada pendapatan tertinggi dari 25% hingga 63%, "check tax", dan tarif Smoot-Hawley. Friedman percaya bahawa dasar campur tangan Herbert Hoover dan Perjanjian Baru Franklin D. Roosevelt memanjangkan dan memburukkan lagi kemelesetan. Akhir kata Friedman, "Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat, tidak pun satu petanda ketidakstabilan dalaman sistem perusahaan swasta, adalah bukti betapa bahayanya kesilapan yang dilakukan sebilangan kecil orang apabila mereka meluaskan kuasa terhadap sistem monetari negara."

Sumber:
Wikipedia Bahasa Melayu
The Stock Market Crash of 1929, Brenda Lange

No comments:

Post a Comment