Monday

Selamat Jalan Ramadhan

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya, pemergiannya tidak mampu kita sekat lagi. Mau tidak mahu kita perlu merelakan dan melepaskan ia pergi. Masihkah kita berkesempatan untuk bersua dengannya lagi......





Maksudnya:
“Semua amalan anak Adam a.s. digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza wa Jalla berkata : “melainkan berpuasa, kerana ianya untukku dan aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku ”. Bagi orang yang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah Taala daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan berakhirnya Ramadhan, diharapkan munculnya insan-insan Qur'ani, iaitu manusia yang meneruskan dahaga dan laparnya akan keinginannya bertemu dengan sang Kekasih Sejati. Keinginan inilah yang membuat ia terus dan terus membaca/ menganalisa/berfikir/bertindak tentang diri dan lingkungannya atas nama Sang Kekasih Sejati tidak lagi atas nama diri, kesempatan, nafsu serta kedudukan.

Nabi SAW bersabda: "berapa banyaknya orang yang berpuasa, tetapi yang diterima nya hanyalah rasa lapar saja, atau berapa banyaknya orang yang bangun beribadah malam, dan yang diterimanya tiada lain hanyalah (kelelahan) berjaga-jaga" (HR Nasai dan Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment