Sunday

Gaya Pembelajaran

Pengenalan

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal.

Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut :

  • Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
  • Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu.
  • Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
  • Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.
Elemen-Elemen Gaya Pembelajaran

Gambarajah berikut mempamerkan elemen-elemen gaya pembelajaran yang dikenal pasti oleh Dunn & Dunn (1974).



Pelbagai Kecerdasan

Pengenalan

Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual.

Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

  • Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.
  • Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai
  • Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
  • Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk


Jenis-Jenis Kecerdasan

Jenis Kecerdasan
Penerangan
Musical/Rhythmic Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.
Logical-Mathematical Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak.
Interpersonal Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri
Naturalistic Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci.
Ethical/Spiritual Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya
Bodily-Kinesthetic Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.
Visual/Spatial Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental.
Verbal/Linguistic Boleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan.
Intrapersonal Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri


Pembelajaran Berpusatkan Murid

Pengenalan
Strategi

Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.



Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid
  • Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
  • Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
  • Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
  • Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.
  • Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
  • Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.


Strategi Pembelajaran

Pengenalan
Strategi Direktif
Strategi Pemerhatian
Strategi Mediatif
Strategi Generatif
Strategi Kolaboratif
Strategi 'Outside Context'
Strategi Metakognitif

Pengenalan

Di sekolah bestari guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.

Jenis-Jenis Strategi

Strategi Direktif
Pelajar belajar melalui penerangan tentang konsep/kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru.

Contoh : Kuliah, latih-tubi

Strategi Pemerhatian
Pelajar belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran.

Contoh : Demonstrasi, ‘modelling’.

Strategi Mediatif
Pelajar belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong pelajar.

  • belajar bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah
  • membuat keputusan
  • mengenalpasti andaian
  • menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis


Contoh: ‘dialectical reasoning’, ‘concept attainment’, ‘concept formation’, ‘inquiry training’, ‘open-ended discussion.’

Strategi Generatif
Murid digalakkan menjanakan idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.

Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda, ‘synectics’, pemikiran lateral dan kreatif, metafora

Strategi Kolaboratif
Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masaalah.

Contoh: Pembelajaran koperatif

Strategi ‘Outside-context’
Pelajar belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa.

Contoh: Seminar, bengkel, projek

Strategi Metakognitif
Pelajar memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang difikirkan:

  • Apakah yang saya telah belajar?
  • Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya?
  • Apakah bantuan yang saya perlu?


Contoh: Penulisan journal refleksi



sumber:http://mahirppb.tripod.com/gaya.html



No comments:

Post a Comment