Thursday

Dialog Dua Orang Ayah

Soalan Ayah 1:

Saya nak tanya esp pensyarah-pensyarah tentang keperluan laptop. Adakah betul-betul diperlukan untuk semua siswa/siswi. Adakah tanpa komputer tidak dapat gred yang baik. Adakah keperluan di Universiti tak cukup atau di KTD tak cukop (kalau tak cukup wajib dicukupkan dulu). Saya juga mempunyai anak 4 orang di IPT. Semuanya kata perlu komputer untuk pelajaran. Walau pun berat kerana keperluan katanya, belilah juga dengan amaran. Bila diperhatikan rasanya tanpa komputer lebih baik lagi. terlalu banyak masa di buang disitu dengan surfing internet, games, movies dan lain-lain dan bermacam2 lagi. Ini tak cakap bab pahala dosa, lewat bangun subuh dll. sekiranya tanpa komputer masa itu dapat digunakan untuk tujuan yang lebih baik mungkin gred akan bertambah baik. bagi mereka yang boleh kontrol oklah tapi berapa ramai sangat yang ada kualiti. Pengalaman anak melihat rakan biliknya asyik gila komputer saja akibatnya result merudum. Kalau inilah yang berlaku lebih baik tak ada. Saya tak dapat bagi reason tak ada duit sebab anak kita tahu kita ada duit tapi kalau kita memang susah kita memanag ada alasan dan anak yang solleh sepatutnya tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan keluarga benda yang tanpanya kita boleh hidup normal saperti orang lain.

Minta pandangan dari pengalaman.

Ayah 1


Jawapan Ayah 2:

Telah beberapa kali saya cuba menjawab soalan yang dikemukan oleh Ayah 1 mengenai tajuk di atas, saya kemudian membatalkannya kerana memikirkan bahawa jawapan telah pun ada dalam minda kita. Mungkin ada yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan Ayah 1 , Sdr AJA, Sdra ihh dan lain-lain tetapi menahan diri untuk menjawab - saya juga begitu kerana telah beberapa kali menaip untuk menjawab secara spontan tetapi saya batalkan kemudiannya.

Kali ini saya cuba menjawab dengan seberapa adil yang mungkin sebagai seorang pensyarah di KTD dan sebagai seorang bapa yang mempunyai anak-anak yang berstatus pemuda dan pemudi yang sudah dewasa (dua orang yang masih di IPT dan seorang telah graduat).

Sebagai pensyarah, saya memang sudah dikenali pelajar sebagai pensyarah yang suka memberikan tugasan yang banyak. Saya percaya pensyarah-pensyarah lain juga begitu. Dan setiap subjek saya, saya akan pastikan bahawa akan ada satu tugasan (projek) berkumpulan supaya beberapa softskil asas dapat diterapkan. Yang mana akhirnya projek ini mesti dibentangkan dalam kelas samada dengan menggunakan Notebook Computer atau lain-lain medium yang sesuai.

Saya biasanya menasihati pelajar supaya mempelbagaikan medium pembentangan, tidak terbatas dengan menggunakan Notebok Computer dan LCD sahaja tetapi menggunakan lain-lain medium seperti OHP, kertas mahjung, kad manila dan sebagainya supaya ada kelainan dalam pembentangan - saya menganjurkan kreativiti pelajar dalam pembentangan. Tapi seperti biasa pelajar lebih memilih Notebook Computer sebagai medium pembentangan - mudah dan cepat. Seperti biasa pelajar-pelajar sangat menumpukan kepada teknologi lebih daripada penguasaan bahan itu sendiri.

Akhirnya satu Laporan Akhir bercetak berserta dengan 'soft copy' perlu diserahkan pada tarikh tertentu setelah penambahbaikan dilakukan terhadap draf laporan berdasarkan kepada komen-komen rakan siswa mereka dan nasihat pensyarah. Pengredan dibuat berasaskan ke atas penilaian pembentangan dan laporan akhir kertas projek.

Sebagai seorang bapa, sama seperti bapa-bapa lain yang seusia saya dan Ayah 1, rata-rata anak-anak dah 3 @ 4 orang berada di IPT. Ketika anak sulong saya yang belajar di KTD dahulu pun tidak terlepas berkeinginan untuk memiliki Notebook Computer. Yang baiknya anak-anak kita ni dia minta izin dan nasihat sebelum membuat sesuatu keputusan walaupun memberikan alasan klasik seorang pelajar IPT. Saya memberikan nasihat kepadanya dan meminta dia menangguhkan hasratnya, alhamdulillah dia akur dengan nasihat saya, tetapi di rumah saya ada komputer peribadi dan pencetak laser - jadi adalah alternatif baginya untuk menyiapkan tugasan dan pembikinan kertas projek. Cuma kekadang jammed juga kat rumah sebab duk berebut dengan adik-adik yang juga ingin menyiapkan tugasan sekolah mereka. Tapi alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Mengenai komen Ayah 1 dan sdr AJA mengenai realiti yang berlaku sebenarnya, saya "setuju, bahkan sangat sangat setuju" (meminjam ayat sdr ihh) - maka saya tidak ndak ulas nanti anti klimaks pulak.

Cuma saya rasa pelajar-pelajar ini (KTD khususnya) perlu diberikan alternatif. Dikampus mungkin tidak banyak masalah kerana perkhidmatan komputer peribadi berinternet diberikan secara percuma di makmal umum cuma mungkin perlu kepada had masa atau dikenakan sedikit caj (minimal). Selain dari itu perkhidmatan wireless internet juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai notebook computer dengan yuran yang sangat minimal iaitu RM10.00 satu semester - caj termurah di dunia yang saya tahu iaitu kira-kira RM1.70 sen sebulan. Saya rasa faktor ini merupakan satu dorongan yang sangat kuat untuk pelajar-pelajar memiliki Notebook Computer sendiri supaya ada privasi. Bab-bab ini saya rasa saya tak perlu nak menokok-nambah sebab kita tahu ia suatu masalah.

Kembali kepada persoalan altenatif apa yang kita boleh berikan kepada pelajar-pelajar ketika berada di luar kampus - untuk makluman pelajar-pelajar kita tinggal di dua asrama berasingan iaitu Asrama Tg Chat dan Asrama Panchor yang jaraknya kira-kira 5 - 7 km dari kampus KTD serta pelajar-pelajar senior tinggal di rumah sewa Taman Kurnia Jaya sebelahan Kampus KTD. Mengikut pelajar saya yang tinggal berhampiran dengan kampus KTD, perkhidmatan wireless KTD dapat diakses dari rumah beliau - terdapat juga tugasan yang saya wajibkan dihantar menggunakan email terutamanya masa cuti pertengahan semester.

Beberapa tahun lalu ketika sdra Anas masih di KTD, satu proposal untuk menjalankan perniagaan Cyber Cafe telah diluluskan. Pihak yang membuat proposal tersebut telah pun memulakan kerja-kerja preliminari seperti menyediakan bilik, membuat pendawaian, melanggan talian streamyx dan sebagainya. Mungkin ketika itu bilangan pelajar sangat kecil maka pihak tersebut telah membatalkan hasratnya.

WaLlhua'lam

Ayah 2

No comments:

Post a Comment