Friday

Kegawatan Ekonomi - Satu Peluang

Keluh kesah bila ekonomi gawat. Usahawan pening kepala bila perniagaan mula menunjukkan trend penurunan. Pelanggan mula perlahan, jualan merosot, kreditor mula memendekkan jangakamasa kredit. Bila baca akhbar pula, tidak banyak banyak membantu. Ekonomi US dan Eropah semakin tenat.

Terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan. Dan ketika kegawatan inilah masa yang terbaik untuk melakukannya :

1. Menulis Buku / Ebook

Mungkin anda tidak sedar buku / ebook yang baik merupakan antara pasif income yang anda hanya lakukan sekali, dan mendapat laba selama anda bernafas dan 50 tahun selepas anda mati!

Anda mungkin boleh mendapat sedikit input jika rajin melayar laman Universiti Terbuka PTS atau berhubung sendiri dengan Pn Ainon Mohd, Presiden UNIKA PTS di ainon@pts.com.my. Banyak maklumat boleh diperolehi di situ seperti kursus, inspirasi, motivasi dan khidmat nasihat.

2. Menghadiri seminar & meningkatkan kemahiran

Pelaburan yang terbaik adalah melabur terhadap diri sendiri. Beli banyak buku, banyak membaca. Hadiri seminar yang dianjurkan sama ada seminar yang memperbaiki diri, atau seminar yang meningkatkan perniagaan anda. Saya biasa meletakkan sasaran untuk menghadiri minimum 3 seminar setahun.

3. Menyambung pengajian

Sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Kalau anda mempunyai perniagaan yang automatik di internet, mungkin satu lagi kelebihan. Bila ekonomi kembali pulih, anda sudah berada di status orang2 yang berpendidikan tinggi.


4. Membuat Kajian Perniagaan & Business Plan

Kita biasa merancang perniagaan secara tahunan. Lepas setahun, kita merancang untuk tahun seterusnya. Apa yang kita boleh buat adalah meningkatkan perancangan dan business plan lebih dari setahun. Mungkin 2 hingga 4 tahun. Ia menjadi satu sasaran jangka sederhana yang anda ingin capai dalam perniagaan.

5. Memulakan Sesi Perundingan Untuk Joint Venture

Sesi untuk negosiasi mengambil masa. Sekurang-kurangnya 3 pertemuan, barulah dapat satu keserasian. Selepas serasi barulah kertas cadangan boleh dihasilkan. Untuk memperhalusi sesuatu kerjasama mengambil lagi sedikit masa. Sesetengah korporate mengambil masa lebih 2-3 tahun hanya untuk perundingan sahaja. Untuk perniagaan kecil, 3-4 bulan mungkin satu jangka masa yang lebih ideal.

6.Memperkemas Bisnes dan Menyusun Strategi Baru

Orang kata, lebih baik melangkah setapak demi setapak. Melangkah ke depan 3 tapak dan berundur setapak. Berundur supaya kita boleh perkemas perniagaan kita. Mana yang rosak kita betul kan, mana yang tak elok kita cantikkan! Kemudian tambah strategi yang lebih kemas supaya perniagaan semakin baik.

7. Merancang Pemasaran

Pemasaran memakan banyak masa. Ini bukan proses jualan, tetapi perancangan strategik.

Adaptasi: http://www.irwandahnil.com/

No comments:

Post a Comment