Sunday

Mengenali Karakter Manusia

Mengenali peribadi manusia membolehkan kita berkomunikasi dengan lebih berkesan, belajar banyak perkara daripada mereka dan dapat memperbaiki diri. Mengenali peribadi manusia merupakan satu kemahiran yang mengmbil masa yang panjang untuk dibentuk dan diasuh.



Terdapat tujuh cara utama untuk mengenali karakter manusia.
1. Luangkan lebih masa untuk bertemu manusia, kerana ia merupakan cara terbaik untuk memahami mereka.
2. Berhenti, melihat dan mendengar dengan sabar dan sepenuh perhatian.
3. Belajar untuk berfikiran terbuka. Untuk mengharapkan keterbukaan dari pihak lain, diri kita sendiri mesti mengamalkan sifat keterbukaan terlebih dahulu.
4. Mengetahui apa yang anda hendak cari
5. Melatih diri menjadi objektif.
6. Mula daripada asas tanpa memihak dan prejudis.
7. Buat keputusan dan bertindak terhadap keputusan tersebut.


Jika kita ingin menjadi pembaca karater manusia yang baik, kita perlulah berusaha untuk menghadapi manusia secara sedar.

Setiap bentuk komunikasi masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Sebagai contoh pertemuan bersemuka dan panggilan telefon mempunyai kesan yang berbeza. Melalui pertemuan bersemuka kita dapat lihat respons manusia secara langsung airmuka kegembiraan atau kedukaan, gerak badan yang mengambarkan keselesaan atau sebaliknya. Manakala perhubungan melalui telefon isyarat-isyarat fizikal tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi perasaan gembira, sedih, bosan dan sebagainya dapat dikesan melalui intonasi suara beliau.


Rujukan:
Reading People, Dimitrius and Mazzarella

No comments:

Post a Comment