Monday

Gotong Royong Memasak bagi Ifthar Perdana

Staf dan Pelajar Kolej Teknologi Darulnaim bersama dengan anggota Haluan Kelantan telah mengadakan gotong royong menyediakan persiapan bagi Ifthar Perdana seawal jam 9.00 pagi pada 7 September 2009


Kelihatan pelajar dan anggota Haluan sedang membuat persiapan menyediakan bahan memasak untuk ifthar.



Tidak ketinggalan staf KTD juga bersama-sama menyumbang tenaga bakti dalam program tersebut.

Jam 3.00 petang pula telah diadakan majlis Pelancaran Tabung pembinaan masjid KTD dan penyampaian dan sumbangan Ramadhan kepada pelajar-pelajar miskin KTD oelh Ketua Eksekutif KTD, Dr Abdullah Sudin.

Manakala kira-kira jam 6.30 petang ceramah Nuzul Quran telah disampaikan oleh Dr Johari b Mat, Ketua Eksekutif, KIAS.

Seterusnya majlis berbuka, solat maghrib, solat isya' dan terawih berjemaah diadakan di medan Thaqafi pada malamnya.

No comments:

Post a Comment