Wednesday

Haluan hantar pasukan kedua

Laporan Relawan dan Relawati Haluan pasukan pertama

Mulanya kami sampai di airport, Bandara Internasional Minangkabau, rasa agak skeptical dengan sambutan penduduk tempatan kerana akhbar melaporkan berita rakyat mereka melontar batu kepada helikopter TUDM. Tetapi tidak begitu halnya, mereka menyambut baik dan mengalu-alukan kedatangan kami, "terima kasih ibu kerana sanggup datang membantu kami disini".



Kami disambut oleh tim relawan tempatan dengan terus dibawa ke Posko Gempa di Pariaman, tempat yang paling ramai terkorban dan paling terjejas oleh gempa. Airport utuh dan tidak terjejas oleh gempa. Perjalanan mengambil masa lebih dari sejam dengan 4WD.

Kota Pariaman tidak banyak terjejas tetapi bila memasuki kawasan kampung, di sepanjang jalan terlihat kesan-kesan gempa dikiri kanan jalan. Rumah-rumah kebanyakannya dibina dari batu-batu sungai yang dilekatkan dengan simen, tidak mempunyai "beam" serta tidak dikuatkan dengan tiang, cuma batu-batu yang dicantum. Rata-ratanya dinding dan tiang yang hancur, bumbungnya utuh dan rebah ke bumi. Yang anihnya, rumah yang terjejas bersebelahan dgn rumah tidak terjejas walaupun struktur binaannya sama dan senario begini berada dimana-mana di Pariaman. Inilah ketentuan Allah, gempa dirasakan diseluruh Sumatera tetapi yg terjejas rumah tertentu sahaja. Ikhwah yg membawa kami, tidak putus2 mengatakan, orang-orang disini tidak solat, tidak sujud kepada Allah, percayai khurafat dan masjid2 sepi - mereka tidak sujud kepada ALLAH lantas masjid aje yang sujud kat Allah. Di Pariaman,pusat gempa, masyarakatnya 100% berugama Islam. Sebanyak lebih 600 masjid telah sujud dan tidak selamat digunakan. Mereka membina banyak masjid untuk ritual saja, hari raya, maulud dan tidak untuk sembahyang jemaah.

Musibah ini berbeza dengan kejadian Tsunami di Acheh, orang beriman dan tidak beriman serta rumah mereka musnah, tetapi disini, rumah2 mereka musnah tetapi kemalangan jiwa tidak sebanyak yg dianggarkan lebih kurang 1000 tetapi bangunan musnah puluhan ribu,tanaman dan haiwan tidak terlibat. Inilah peringatan Allah kepada mereka dan kepada kita semua, janji ALlah itu benar dan Allah masih sayang kepada mereka serta kita semua dengan peringatan2 sebegini, untuk kembali balik kepadaNya. Ana perhatikan rumah-rumah mereka kecil hanya 1 atau 2 bilik, tetapi di luar rumah tertegak parabola (lebih 70% melanggan sistem TV menggunakan parabola).

Menurut tim relawan lokal, kesedaran untuk balik kepada Islam lebih banyak di bandar dibandingkan kawasan kg, mereka mengatakan rakyat2 dikampung masih terlalu jauh dari Islam.Berbeza dengan dibandar, struktur bangunan yg kuat dan besar ikut terjejas tetapi rumah penduduk tidak banyak terjejas.Tim relawan lokal bekerja siang malam untuk meberi bantuan makanan, pakaian serta khemah2 sementara. Sesetengah kawasan masih bergelap dan kebanyakannya tidak mepunyai air bersih. walaubagaimanapun, kita yang pergi boleh membeli minuman mineral yang ada dijual dimana2 kedai.


Laporan Harian Metro 13/10/09

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) akan menghantar pasukan kedua misi bantuan kemanusiaan dan perubatan ke kawasan bencana gempa bumi di Sumatera Barat, Indonesia, Rabu ini.



Presidennya, Prof Madya Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman, berkata pasukan kedua itu membabitkan gabungan doktor dan relawan.

Menurutnya, pasukan kedua Haluan itu dijangka lebih ramai kerana kawasan bencana lebih luas daripada tsunami 2004.

“Saya juga berharap misi ini dapat diteruskan sehingga sebulan lagi demi kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan.

Haluan turut merayu orang ramai supaya terus menghulurkan sumbangan bagi membolehkan pihaknya membawa lebih banyak bekalan ubatan dan makanan. Ia boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Haluan atas nama Haluan, Bank Islam Malaysia Berhad, dengan nombor akaun 14-023-01-002571-8.

Pasukan pertama misi bantuan kemanusiaan dan perubatan Haluan selamat pulang ke tanah air semalam, selepas lebih seminggu berkhidmat di kawasan terbabit.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment