Thursday

Konvensyen Pendidikan Islam Selangor 8 Dis 09

Satu wadah baru di bawah Exco Pend Tinggi dan Pendidikan Islam, telah menubuhkan satu majlis permuafakan Institusi pendidikan Islam namanya " Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor atau ringkasnya MAPPIS. MAPPIS dianggotai oleh institusi dan wadah pendidikan Islam di Selangor seperti persatuan tahfiz selangor, RAPI (Rangkaian Pendidikan Islam), YTP (yayasan takmir pendidikan), Musleh dan banyak lagi. Wahana ini diwujudkan bagi menyatukan semua wadah dan ngo pendidikan di Selangor dan berkongsi pengalaman dan kepakaran disamping merangka idea-idea baru bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan Islam di Selangor. Akhirnya ianya juga akan menjadi badan untuk menyalur bantuan kepada sekolah-sekolah agama di Selangor khasnya sekolah-sekolah agama rakyat.

Sehubungan dengan itu, MAPPIS akan dirasmikan pada Konvensyen Pendidikan Islam Selangor anjuran SUK dikelola oleh MAPPIS pada 8 Dis 2009 di shah alam dengan tema " Memperkasa Pendidikan Islam ...". 1000 orang perwakilan dari instutusi pendidikan Islam termasuk sekolah JAIS, KAFA, sekolah rakyat, Tahfiz, Haluan, Sek-sekolah Islam spt Ibnu Khaldun, Abqari, sekolah di bawah Musleh di Selangor akan hadir. Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor. MAPPIS dipimpin oleh JK Pengelolanya Prof Dr Zainal (Rector UNISEL).


Sebagai anggota JK MAPPIS saya telah mencadangkan ALKIS dijemput hadir dalam majlis Konvensyen dan perasmian MAPPIS pada 8 Disember 2009. InsyaAllah mereka akan hubungi wakil ALKIS.
Saya juga berfikir ALKIS boleh terlibat sama dalam MAPPIS kemudianya jika berminat. Saya rasa MAPPIS boleh juga membantu ALKIS di dalam memperkasa pendidikan Islam di KISAS. Kisah STK tidak diiktiraf al-azhar, dan kurangnya pelajar yg mengambil STAM atau menyambung ke T6 (aliran sastera Usuluddin /Shariah) perlulah diberi perhatian oleh ALKIS.

Moga MAPPIS akan berperanan memperkasa usaha-usaha pendidikan Islam di Selangor. Sejarah penubuhan KIM di Kg Jawa Kelang pada tahun 1955 adalah hasil sokongan padu Allahyarham Sultan Hishamuddin Alam Shah yg telah mewakafkan tanah yg ada sekarang.

No comments:

Post a Comment