Saturday

Put yourself in other's shoes

Seorang Pembesar Negeri bertanya kepada Laila, ‘Apakah engkau Laila yang membuat Majnun menangis, yang tangisannya sampai membuat basah gurun pasir? Engkau tidak punya kecantikan apa-apa. Kenapa dia sampai bisa tertarik padamu? Laila menjawab, “Mata paduka bukanlah mata Majnun. Kalau paduka melihat melalui matanya, paduka akan melihat kecantikanku.” Begitulah dialog yang dirakamkan dalam kisah Laila dan Majnun.



Begitu persepsi seseorang terhadap sesuatu sama ada kejadian, objek ataupun seseorang. Steven Covey menceritakan pengalamannya pada suatu pagi Ahad dalam kereta api bawah tanah di New York. Semua penumpang sedang duduk diam - ada yang membaca surat khabar, ada yang duduk termenung, ada yang berehat dengan memejam mata. Suasana pada masa itu tenang dan aman.


Tiba-tiba, seorang lelaki dan anak-anaknya memasuki koc kami. Kanak-kanak itu begitu bising dan nakal, tiba-tiba suasana keseluruhan berubah.

Lelaki itu duduk di tepi saya dan memejam matanya, seolah-olah tidak sedar akan situasi itu. Anak-anaknya pula berteriak di sana sini, membaling benda, malah cuba merebut surat khabar orang lain. Keadaan begitu merunsingkan. Namun, lelaki yang duduk di tepi saya tidak membuat apa-apa pun.

Amat sukar untuk tidak berasa marah. Saya tidak percaya bahawa lelaki itu begitu tidak peka sehingga membenarkan anak-anaknya berkeliaran tanpa menegur mereka, tanpa bertanggungjawab. Kelihatan semua orang lain dalam koc itu telah naik radang juga. Akhirnya, dengan penuh sabar dan menahan perasaan, saya berpaling kepada lelaki itu dan bertanya, "Tuan, anak-anak tuan sedang mengacau orang lain. Dapatkah tuan mengawal mereka sedikit?"

Lelaki itu membuka matanya seakan-akan baru menyedari situasi itu dan menjawab secara perlahan, "Oh, ya. Saya patut mengawal mereka.

Kami baru datang dari hospital, emak mereka baru meninggal dunia sejam sebelum ini. Saya tak tahu apa nak buat, dan saya ingat mereka pun tak tahu apa nak buat."

Dapatkah anda bayangkan perasaan saya pada masa itu? Paradigma saya terus beranjak. Tiba-tiba saya melihat secara berlainan, dan oleh sebab saya melihat secara berlainan, saya juga berfikir berlainan, saya rasa berlainan, saya bertindak berlainan. Perasaan marah hilang terus. Saya tidak perlu lagi memikirkan cara mengawal sikap atau tingkah laku saya; hati saya penuh dengan kesedihan lelaki itu. Perasaan simpati dan belas kasihan terus dilahirkan. "Isteri tuan baru meninggal dunia? Oh, terimalah simpati saya! Dapatkah tuan ceritakan tentang hal ini? Apa yang dapat saya buat untuk membantu?" Segala-galanya berubah pada saat itu.

No comments:

Post a Comment