Beberapa orang bekas pelajar saya telah menghubungi melalui email dan telefon bertanyakan mengenai prospek kursus-kursus tertentu bagi tujuan melanjutkan pelajaran. Ternyata mereka semakin cerdik dan pintar membuat keputusan setelah melalui 3 tahun kursus Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) dan Diploma Pengurusan Teknologi di Kolej Teknologi Darulnaim atau lebih dikenali sebagai KTD.
Sebahagian mereka yang mendapat keputusan cemerlang telah pun menyambung pengajian di IPTA seperti UTM dan UKM. Bagi mereka yang kurang menyerlah sebenarnya peluang menyambung pengajian masih terbuka luas sama ada di IPTA mahupun di IPTS - jangan berputus asa. 
Cuma suka saya menasihatkan bagi yang ingin menyambung di bidang perakaunan pastikan Ijazah anda diiktiraf oleh MIA. Senarai terkini Ijazah Sarjana Muda Perakaunan berserta dengan nama Universitinya adalah seperti berikut;
(a) the final examination of the University of Malaya for the Diploma Perakaunan (Diploma in Accounting);(up to examination session 1981/82);
(b) the final examination of the University of Malaya for the Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Degree of Bachelor of Accounting);
(c) the final examination of the Universiti Kebangsaan Malaysia for the Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (Degree of Bachelor of Accounting (Honours));
(d) the final examination of the MARA Institute of Technology for the Diploma Lanjutan Perakaunan (Advanced Diploma in Accountancy);
(e) the final examination of the Universiti Teknologi MARA for the Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Degree of Bachelor of Accounting);
(f) the final examination of the Universiti Utara Malaysia for the Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (Degree of Bachelor of Accounting (Honours));
(g) the final examination of the Universiti Pertanian Malaysia for the Ijazah Bacelor Perakaunan (Kepujian) (Degree of Bachelor of Accounting (Honours));
(h) the final examination of the Universiti Putra Malaysia for the Ijazah Bacelor Perakaunan (Kepujian) (Degree of Bachelor of Accounting (Honours));
(i) the final examination of the Universiti Islam Antarabangsa for the Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (Degree of Bachelor of Accounting (Honours));
(j) the final examination of the Universiti Sains Malaysia for the Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) (Degree of Bachelor of Accounting (Honours));
(k) the final examination of the Universiti Utara Malaysia for the Degree of Bachelor of Accounting (Honours)(Information System),
(l) the final examination of the Universiti Tenaga Nasional for the Degree of Bachelor of Accounting (Honours), the academic programme for which first commenced from the academic year 2002/2003 onwards;
(m) the final examination of the Universiti Multimedia for the Degree of Bachelor of Accounting (Honours), the academic programme for which first commenced from the academic year 2002/2003 onwards;
(n) the final examination of the Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia for the Degree of Bachelor of Accounting (Honours);
(o) the final examination of the Universiti Malaysia Sabah for the Degree of Bachelor of Accounting (Honours).
(p) the final examination of the Universiti Industri Selangor for the Degree of Bachelor Accounting (Honours).
Bagi pemegang ijazah dari luar negara mereka juga perlu menjadi mana-mana badan berikut;
- Malaysian Institute of Certified Public Accountants (Certified Public Accountant)
- Institute of Chartered Accountants of Scotland (Chartered Accountant)
- Institute of Chartered Accountants In England & Wales (Chartered Accountant)
- Institute of Chartered Accountants in Ireland (Chartered Accountant)
- Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom) (Associate Member)
- Institute of Chartered Accountants in Australia (Chartered Accountant)
- Australian Society of Certified Practising Accountants (Certified Practising Accountant)(Now known as CPA Australia)
- New Zealand Chartered Accountants (Chartered Accountant)
(Now known as New Zealand Institute of Chartered Accountants)
- Canadian Institute of Chartered Accountants (Chartered Accountant)
- Institute of Chartered Accountants of India (Chartered Accountant)
- Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom) (Associate Member)
sumber: http://www.mia.org.my/new/members_being_application.asp
Friday
Senarai Ijazah Perakaunan yang diiktiraf oleh MIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam
ReplyDeletekalau ijazah akaun di usim (u. sains islam malaysia)diiktiraf MIA x ijazahnya???
p/s: bls di fb sye,,,(asma nawi)
Mengikut laporan MIA pada tahun 2010 program Ijazah Perakaunan USIM dan UNISZA masih dalam proses penyemakan. Dalam tahun 2010 hanya program perakaunan UNISEL sahaja sedang menunggu kelulusan Majlis MIA setelah Jawatankuasa Khas MIA berpuashati dengan penambahbaikan yang dibuat oleh UNISEL dalam program perakaunan mereka.
ReplyDeleteUTM pun takde pengiktirafan MIA kan ? sedihh. baru tau masa dah masuk belajar kat utm. but, i dont want to regret.
ReplyDeleteyeke takda? sya apun dpat UTM .UTM ACCOUNTANCY BAGUS TAK ? please help me
Deletesalam..boleh listkan senarai latest universiti yang diiktiraf MIA bab ccourse account ni..saya mempunyai impian untuk menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan...
ReplyDeleteapakah beza antara dua kos ini
ReplyDelete1)Association of Chartered Certified Accountants
( ACCA – Professional Scheme )
2)Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
saya tak tahu harus pilih yg mana satu dan saya keliru dengan perbezaan dan kelebihan antara 2 kos ini. harap tuan dapat tolong menjelasnya kepada saya.
Sdri Honey,
ReplyDeleteACCA merupakan kursus profesional yang dikendalikan oleh badan akauntan profesional dunia yang berpusat di UK boleh baca di sini
Manakala Sarjana Muda Perakaunan (Kep) ialah kursus yang dijalankan di IPTA/IPTS tempatan dan sebahagiannya masih dalam proses pengiktirafan MIA (Institut Akauntan Malaysia) yang merupakan badan yang mengawal selia profesion akauntan di Malaysia.
Kursus ACCA mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan terutamanya pengiktirafan dari badan korporat. Bagi yang mempunyai cita-cita dan keazaman tinggi biasanya akan memilih kursus ACCa berbanding dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kep) tetapi tidak kurang juga yang kecundang dipertengahan jalan. Justeru itu bagi yang memilih jalan selamat, ramai pelajar yang memilih untuk mengambil kursus Sarjana Muda Perakaunan (Kep.) terlebih dahulul dan kemudiannya menyambung pengajian dengan ACCA kerana bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kep) yang diiktiraf MIA akan diberikan banyak pengecualian oleh pihak ACCA.
Saya sekarang berada di tahun akhir dalam diploma perakaunan di Politeknik. Saya dah dengar dari banyak pihak yang diploma dari Politeknik memang susah nak menyambung pengajian bagi peringkat Ijazah. Apa pendapat tuan?
ReplyDeleteAdakah Ijazah dalam Perakaunan agak sukar?
Sdri Liyana - tahniah kerana sudah sampai di tahap ini (tahun akhir Diploma Perakaunan). Mana-mana lepasan diploma menghadapi masalah yang sama untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA kerana persaingan untuk meraih tempat dalam IPTA tersangat sengit. Cuba duduk sekejab congak-congak saban tahun negara kita menghasilkan ribuan graduan diploma perakaunan walhal tempat yang mampu disediakan oleh sesebuah universiti hanyalah beberapa ratus sahaja. Justeru itu Universiti (bahkan majikan) mempunyai pilihan yang banyak jadi mereka akan memilih graduan yang terbilang (the best) dari kalangan graduan yang cemerlang. Untuk menyambung di IPTA graduan tidak punya pilihan kecuali berusaha untuk mendapat keputusan dan cemerlang di samping seimbang dari segi sosial dan akhlak - maksudnya mempunyai kemahiran bersosial (berkomunikasi, bergaul dsbnya) disamping mempunyai akhlak yang mulia kerana telah banyak berlaku dalam dunia korporat akauntan-akauntan keparat bersekongkol dengan pengarah-pengarah syarikat yang mengakibatkan syarikat lingkup.
ReplyDeleteSebenarnya ijazah perakaunan lebih mudah jika dibandingkan dengan ijazah profesional seperti ACCA, CIMA dan sebagainya. Pemegang-pemegang Ijazah Perakaunan mestilah mempunyai cita-cita untuk mendapatkan ijazah profesional untuk mendapat pengiktirafan dalam sektor korporat.
salam En.Ilyasak ,
ReplyDeleteadakah pelajar bidang akuan boleh menjadi tax advisor ?
Sdri Honey, antara cabang-cabang perakaunan ialah percukaian(taxation), pengauditan, perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, perakaunan forensik, sistem maklumat perakaunan berkomputer dan lain-lain lagi.
ReplyDeleteTahniah kerana sdri mempunyai minat dalam bidang percukaian, bilangan orang melayu masih menjadi akauntan profesional masih sedikit sementelahan lagi mengkhusus dalam bidang percukaian adalah terlalu amat sedikit.
Untuk menjadi tax advisor, akauntan perlulah menguasai Akta Cukai Pendapatan 1967 dan lain-lain akta cukai yang berkaitan. Akta Cukai Pendapatan (ACP) merupakan antara akta yang paling dinamik di mana setiap tahun terdapat perubahan apabila kerajaan mengumumkan bajet tahunan. Sebelum kerajaan mengumumkan bajet tahunan kerajaan akan mendapatkan pandangan akauntan profesional untuk mengetahui kesan bajet ke atas pendapatan cukai negara.
Seminar percukaian biasanya dianjurkan oleh MATA (Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia), LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), Kastam Di Raja dan lain-lain agensi.
terima kasih untuk info itu En.Ilyasak.
ReplyDeletememang sangat membantu.
mungkin lepas dpt degree
baru booleh ambil seminar . .
Senarai Ijazah Perakaunan universiti tempatan yang diiktiraf oleh MIA sehingga tahun 2011
ReplyDelete01- Universiti Malaya (Bachelor of Accounting)
02- Universiti Kebangsaan Malaysia)( Bachelor of Accounting (Hons)),
03- UiTM (Bachelor of Accounting (Hons))
04- UUM (Bachelor of Accounting (Hons), (Bachelor of Accounting (Hons) (Information System))
05- UPM (Bachelor of Accounting (Hons))
06- USM (Bachelor of Accounting (Hons))
07- UIA (Bachelor of Accounting (Hons))
08- UMS (Bachelor of Accounting (Hons)
09- UMT (Bachelor of Accounting (Hons)
10- Uniten (Bachelor of Accounting (Hons)
11- MMU (Bachelor of Accounting (Hons)
12- Unisel (Bachelor of Accounting (Hons)
salam En.Ilyasak ,
ReplyDeleteim currently in cat course.so after this,yang mana
tuan berpendapat lebih berpotensi?samada ACCA or degree in Accounting?
Waalaikumussalam Sdr Afiz,
ReplyDeleteLaluan selepas CAT ialah ACCA. Biasanya selepas menyempurnakan Degree in Accounting, pemegangnya akan melanjutkannya ke ACCA kerana dari segi pengiktirafan pihak swasta dan JPA lebih tinggi terhadapnya.
Jika prestasi CAT sdra cemerlang @ sangat baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi eloklah teruskan dengan ACCA sebab sdra telah menjimatkan masa yang banyak tetapi laluan ini risikonya agak tinggi dan memerlukan disiplin diri yang lebih tinggi kerana persaingan yang sengit.
Walau bagaimanapun sekiranya ingin memilih jalan yang kurang risikonya eloklah membuat Degree in Accounting kemudian selepas itu baru sambung ACCA.
Sebaiknya buat solat istihakharah, kerana banyak perkara yang kita tidak pasti. Mungkin ia baik dalam perkiraan kita pada masa kini tetapi ia berlaku sebaliknya pada masa hadapan. Justeru itu kita mohon petunjuk dari Allah untuk membuat keputusan kerana keputusan yang dibuat berasaskan petunjuk Allah adalah keputusan terbaik. Allah Maha Mengetahui apa yang akan berlaku terhadap kita pada masa hadapan.
assalamualaikum, CAT dengan ACCA ini ade dekat mana ye?
ReplyDeleteSalam encik yang budiman, jika saya mengambil part time study di OUM iaitu mengambil Degree In Accounting tapi tak diiktiraf MIA, dan selepas itu saya mengambil ACCA. adakah ia menepati piawai dan diiktiraf MIA? Dan bolehkah saya membuat exemption subject untuk subjek yang diberikan oleh ACCA? Harap saudara memberi penjelasan ini secepatnya, saya ingin melanjutkan pelajaran, tetapi secara part time study, sambil bekerja di syarikat firma audit, sambil kerja pengalaman saya dalam bidang ini bertambah.
ReplyDeleteSetakat ini hanya Ijazah Perakaunan yang diiktiraf oleh MIA sahaja yang akan dapat pengecualian subjek dari ACCA. Justeru itu pada hemat saya saudara/i tidak akan dapat pengecualian dari ACCA walaupun sudah mempunyai ijazah perakaunan.
DeleteSalam..
ReplyDelete1. Adakah Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di UNIMAS di iktiraf oleh MIA?
2. Apakah langkah yang perlu d ambil jika saya berminat untuk menjadi seorang Juruaudit?
Saya merupakan lepasan Diploma Akauntansi di Politeknik dan telah bekerja sebagai seorang kerani akaun selama 2 tahun.
This comment has been removed by the author.
DeleteWaalaikummusalam. Sue,
Delete1-Setakat 2011, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) UNIMAS belum diberikan pengiktirafan oleh MIA.
2-Jika berminat untuk jadi juruaudit, lengkapkan diri dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di mana-mana universiti (IPTA/IPTS) yang mendapat pengiktirafan MIA. Kemudian mohon kerja sebagai pembantu audit di mana-mana firma audit untuk mendapatkan latihan, sebaik-baiknya dapatkan tempat di firma audit antarabangsa. Untuk mendapat tempat di firma audit antarabangsa keputusan yang baik adalah satu kewajipan disamping kepada keperluan kepada penampilan diri, kemahiran berkomunikasi yang baik dan lain-lain kemahiran sosial. Jika tidak mahonlah untuk berkhidmat di mana-mana firma audit tempatan yang mempunyai prestasi dan reputasi yang baik sebagai permulaan.
salam en.. boleh terangkan pasal perakuanan forensik tak? dan Universiti mana yang menawarkan kos nie yerk?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Sdri Meena, perakaunan forensik merupakan bidang daru dalam perakaunan. Perakaunan forensik menggabungkan tiga kemahiran iaitu perakaunan, pengauditan dan kemahiran menyiasat.
ReplyDeletePerakaunan Forensik menyediakan bukti-bukti perakaunan dan membuat satu analisis perakaunan yang mana akan digunakan dalam pertikaian mahkamah, di mana daripada analisis tersebut akan membantu pengamal perundangan berhujah dan berdebat dan akhirnya pihak yang membuat keputusan akan memutuskan pertikaian. Pertikaian mahkamah seperti tuntutan insurans, tuntutan kecederaan peribadi,penipuan (fraud), dan sebagainya.
Permintaan kepada akauntan forensik dalam sektor awam dan swasta semakin meningkat ekoran dari peningkatan fraud dalam sektor korporat.
Rujuk:
http://biz.thestar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2010/6/19/business/6294412.asp&sec=business
Setakat maklumat yang saya ada setakat ini sekurang-kurangnya 2 buah universiti yang menyediakan kursus Perakaunan Forensik iaitu 1) UUM dan 2) UiTM.
kalau nak mohon kursus perakaunan forensik pakai diploma perakaunan boley ke??
Deletesalam 1 malaysia,
ReplyDeleteIPTA mana yang menawarkan ACCA dan CIMA????
Assalamualaikum En. Ilyasak...
ReplyDeleteSaya berada dalam tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) di UiTM Shah Alam. Saya hendak tahu universiti mana yang menawarkan CTIM??
Tiada mana-mana yang menawarkan CTIM kecuali CTIM sendiri yang menawarkan sendiri peperiksaan tersebut. Maklumat boleh diakses di website CTIM
Deletehttp://www.ctim.org.my/examination.asp
Untuk bahan-bahan yang boleh dimuatturun bagi rujukan
http://www.ctim.org.my/examination_download.asp
salam .. boleh saya tahu university mana yang menawarkan ACCA ?
ReplyDeletePuan Najihah Khalid merupakan Senior Manager di Ernst & Young, Malaysia. Beliau memperolehi ACCA selepas menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunannya di UiTM. Ikuti artikel lengkap di sini http://ilyasak.blogspot.com/2012/04/najihah-khalid-senior-manager-ernst.html
ReplyDeleteen. bagaimana pula dgan diploma pengurusan teknologi (perakaunan)UTM? saya mendapat tawaran ini tp masih blur..
ReplyDeletepatutkah saya terima tawaran ini atau plih untk ke matrikulasi dalam bidang perakauan? boleh terangkan serba sedikit berkenaan bidang ini dan peluang di masa hadapan?
Bidang perakaunan akan melayakkan seseorang graduan di bidang ini menjadi akauntan professional melalui beberapa laluan. Akauntan professional merupakan bidang yang sentiasa mendapat permintaan tinggi sama ada di sektor swasta mahupun di sektor awam. Guru Kementerian Pelajaran yang dilantik berdasarkan kepada ijazah sarjana muda perakaunan juga mendapat gred gaji yang lebih tinggi daripada guru yang dilantik berdasarkan kepada ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan dan lain-lain ijazah yang setaraf dengannya.
DeleteKedua-dua laluan (matrikulasi dan diploma) masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Laluan diploma merupakan laluan yang lebih selamat tetapi agak lambat (3 tahun)manakala laluan matrikulasi laluan yang mencabar (laluan pantas - 1 tahun) jadi seba serbi perlulah pantas dan persaingan untuk mendapatkan tempat di IPTA juga sengit. Bergantung kepada minat, kebolehan dan kemampuan menggalas beban. Buat solat istikarah dan buatlah keputusan insyaAllah itulah keputusan terbaik untuk anda.
salam , nk tnya. bdk lepasan diploma LCCI ne dtrima tak msuk ipta utk smbung degree?? tp sya cuma ambi level 1 n level 3 jer. lecturer ckp x ambi level 2 pun xpe. sya nk tw mna laluan mna lepas LCCI ne.
ReplyDeleteWaalaikumsalam wr wb.
DeleteLaluan LCCI/CAT ialah ACCA, manakala
laluan STP/Matrikulasi ialah Ijazah di IPTA adapun
laluan untuk diploma untuk memasuki IPTA tempatan agak sukar kerana kuota tempat untuknya agak kecil (sedikit) walhal permohonan yang diterima oleh pihak universiti besar (banyak). Pihak IPTA sangat selektif dengan mengutamakanyang graduan diploma IPTA masing-masing dan CPA (cummulative point average) yang baik iaitu 3.0 dan ke atas.
Dari sudut pandang IPTA tiada bezanya pemegang diploma professional atau diploma biasa kerana syarat pertama ia mesti mendapat pengiktirafan MQA, syarat kedua keputusan cemerlang.
Salam, saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menyambung pengajian saya di Kolej Poly-Tech Mara dalam diploma in Accountancy dan sambung Sarjana Muda Perakaunan di UniKL, adakah kedua2 itu mendapat pengiktirafan MIA ?? dan adakah sambung belajar dia dua tempat tersebut suatu pilihan yg bijak??
ReplyDeleteSenarai Insitusi dan Ijazah Perakaunan yang diiktiraf oleh MIA setakat ini boleh dirujuk dalam artikel di atas.
DeleteSaya nasihatkan supaya buat di institusi yang mendapat pengiktirafan MIA.
Untuk makluman Kolej Profesional MARA mempunyai program francais Dip in Accountancy dengan UiTM dan juga program ACCA.
Maaf, tapi saya tdak ditawrkan ke kolej professional mara, tetapi di Kolej Poley-Tech Mara courses Diploma in Accountancy(bukan kerjasama bersama UITM) saya diberitahu ia di iktiraf oleh MQA dan JPA, adakah perlu mendapat pengiktirafan dri MIA lagi? dan bolehkan En tolong check untuk saya, saya tidak boleh buka link diatas walaupun dah cuba banyak kali dah.. Dan seterusnya, bagi pendpt Encik secara peribadi sendiri, sekiranya saya menyambung pengajian saya du UniKL dan mengambil courses Sarjana Muda Perakauanan dgn kepujian disana? adakah ia sesuatu tindakan yg bagus?? kerana cita2 saya seboleh2 saya ingin belajar hingga mendapat charted..
Deleteassalamualaikum.en.ilyasak.
ReplyDeletesaya adalah lepasan matrikulasi
dan sekarang tengah menunggu untuk kemasukan
universiti untuk bachelor in accounting
bagi pendapat enncik universiti manakah
yang terbaik untuk mnyambung pelajaran saya dalam
bidang accounting and dari dulu saya memang target
nak ambik ACCA
Waalaikumussalam. Sdri Hidayah, semua universiti yang mendapat pengiktirafan MIA merupakan universiti terbaik cuma berdasarkan kepada pandangan umum (tanpa data statistik) nampaknya UiTM sedikit sebanyak telah memberikan sumbangan yang agak ke depan untuk laluan professional (ACCA) bagi bumiputera.
Deletesaya mrupkn lepasan matrikulasi 11/12 , PNGK saya adalah 3.52 . saya bermnat untuk mnyambuk dlm ijazah perakaunan tp saya bimbang kerana persaingan amat sengit . jadi jika saya tidak dapat mennyambung pelajaran dlm bidang ijazah perakaunan dan menyambung dlm kos lain seperti ekonomi , adakah saya masih boleh menjadi seorang akauntan kerana saya benar2 ingin menjadi seorang akauntan ?
ReplyDeletePersaingan untuk mendapatkan tempat memang agak tinggi di kalangan pelajar lepasan matrikulasi, justeru itu doa dan tawakal merupakan senjata yang amat penting bagi seseorang pelajar. Di samping itu strategi memohon tempat juga adalah penting kerana universiti-universiti ternama biasanya akan mengutamakan dan memilih pelajar-pelajar cemerlang (3.7 ke atas). Justeru itu strategi bagi pelajar-pelajar kurang cemerlang untuk mengikuti kursus perakaunan ialah;
ReplyDelete1) memohon tempat di IPTA yang baru mendapat pengiktirafan dari MIA seperti UMS dan UMT
2) memohon tempat di IPTS seperti MMU, Uniten dan Unisel
3) memohon tempat di IPTA yang sedang dalam proses penyemakan MIS seperti USIM dan UniSZA
atau pilihan lain ialah;
4) mengambil kursus professional di IPTS swasta di ibukota yang telah lama 'established'.
Salam Satu Malaysia,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya adakah CGA(Certified General Accountants Association of Canada) diterima di Malaysia?
apakah perbezaan antara CGA dengan ACCA?
Jikalau saya belajar CGA,bolehkah saya bekerja di Malaysia?
sekian terima kasih.
Bagi pemegang Ijazah luar negeri contohnya Canada ia mestilah menjadi ahli "Canadian Institute of Chartered Accountants (Chartered Accountant)" untuk melayakkannya bagi jawatan Akauntan seperti yang diperuntukkan oleh Akta Akauntan 1967.
Deleteboleh dirujuk di laman MIA
http://www.mia.org.my/handbook/act/1stschedule.htm
Adapun perbezaan CGA dan ACCA ialah dari segi pengiktirafan. ACCA (UK based) dan CPA lebih diiktiraf seluruh dunia, ia melayakkan sdri bekerja di mana-mana syarikat antarabangsa. CGA hanya diiktiraf di Canada,Bermuda, the Caribbean, Hong Kong dan China.
http://en.wikipedia.org/wiki/Certified_General_Accountants_Association_of_Canada
Majikan di Malaysia lebih 'bias' untuk memilih graduan 'ACCA', 'CIMA' dan 'CPA' bagi mengisi kekosongan di oraganisasi mereka.
Terima kasih En.Ilyasak
Deletesalam en iiyasak..
ReplyDeletesy da 2 twrn 1 di KPTM,KL kos dip. p'akaunn dgn kerjasama UITM...yg ke 2 di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH dlm bidang diploma akauntansi..
jd encik rase mane 1 yg ptt sy plih..??
nk tanye akauntansi tue blaja psl ape yer..??
time kaseh..
Waalaikumussalam. Shuzu, tahniah kerana mendapat tawaran tersebut. Cadangan saya ialah pilihan yang pertama sebab
Delete1- KPTM peluang mendapatkan penajaan MARA adalah tersangat cerah (syarat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk matematik dan BI). Kebaikan pinjaman MARA a) tiada caj perkhidmatan b) pinjaman bolehubah atau diskaun (potongan) bayaran balik pinjaman sekiranya keputusan CGPA baik (3.0 ke atas)
2- Diploma kerjasama UiTM bermaksud belajar di KPTM tetapi UiTM akan anugerahkan Diploma. Kena belajar lebih fokus dan bersungguh.
3- Peluang melanjutkan pelajaran di UiTM lebih mudah serta dapat pemindahan kredit bila buat Ijazah (syarat keputusan mesti baik 3.0 dan ke atas).
Perakaunan adalah satu cabang dari disiplin professional. Di mana bidang perakaunan merupakan bidang yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di negara kita yang menuju kepada status negara maju dan negara berpendapatan tinggi. Secara mudahnya perakaunan ini kita boleh rumuskan sebagai ilmu sistem maklumat kewangan bagi sesuatu perniagaan. Ia berkaitan dengan sistem merekod, melapor dan menganalisa transaksi sesuatu perniagaan. Ada pun cabang perakaunan meliputi perakaunan kewangan, perakaunan kos, perakaunan pengurusan, sistem perakaunan berkomputer, percukaian, pengauditan, perancangan dan kawalan kewangan, dan perakaunan forensik.
time kaseh encik...sy nak tanya pointer poli memang kena 3.5 ke atas ke kalau kurang susah nak masuk IPTA ke..??
DeleteSalam encik,
ReplyDeleteApakah laluan akademik untuk Forensic Accountant?
Setakat maklumat terhad yang saya ada ialah perlu memiliki Ijazah pertama dalam perakaunan dan kemudian membuat pengkhususan dalam bidang perakaunan forensik.
Deletesaya akan menamatkan pengajian Degree Accounting di UMT bulan 7/2012 nnt.Saya berminat untuk menyambung ACCA di Dublin Business School, adakah ia satu pilihan yang baik dan saya juga kurang berkeyakinan kerana English level saya hanya pada tahap sederhana.
ReplyDeleteHarap dapat bagi pndgn.tq.
Tahniah sdra Khairul Nizam. Pertama kerana insyaAllah akan menamatkan pengajian Ijazah Perakaunan, kedua kerana berminat untuk menyambung pengajian ACCA di DBS, Ireland - ia merupakan satu pilihan yang bijak. Rata-rata pelajar Melayu yang berlatarbelakang pendidikan kebangsaan merasa kurang yakin dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Universiti di negara-negara maju biasanya akan menyediakan pelbagai kemudahan membantu pelajar-pelajar antarabangsa untuk memperbaiki dan seterusnya membolehkan mereka menguasai Bahasa Inggeris. Untuk maklumat ramai pelajar yang telah lulus dengan jayanya w/pun mereka asalnya sekolah kebangsaan datu darjah 1 sehingga tingkatan 5. Beberapa orang bekas pelajar saya telahpun lulus dengan cemerlang di DBS dan University of Southampton w/pun mereka dari sekolah aliran agama! Contohnya di sini
Deletehttp://www.ktd.edu.my/v2/index.php/my-future-is-looking-pretty-bright.html.
Salam En.Ilyasak
ReplyDeletesya ingin meminta pndapat en. antara kos dip.kewangan dan perbankan islam dengan dip.perakaunan d'politeknik ,mana yg lbih baik dan senang utk mncari peluang pekerjaan pada tahun 2012 yg sedang pesat mningkat d'dlm prniagaan
Salam En.Ilyasak:
ReplyDeleteSaya baru ditawarkan kursus diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) dari UTM. Adakah ia sama dengan diploma Akauntansi? Sebab ada orang cakap ia sama
Ya, sama. Di dalam program ini sdra akan belajar kursus Perakaunan Kewangan Awalan, Perakaunan Kewangan Pertengahan, Perakaunan Kewangan Lanjutan, Perakaunan Kos, Perakaunan Pengurusan, Sistem Maklumat Perakaunan Berkomputer, Pengauditan, Percukaian, Undang-undang Perniagaan, Undang-undang Syarikat dan lain-lain kursus teras yang diwajibkan oleh MQA.
Deletesalam. en.ilyasak,saya telah dapat tawaran Kolej Profesional Mara tetapi saya kena ambik pra diploma selama 5 bulan,insyallah selepas pra diploma saya akan mula memilih kursus diploma,saya bercadang ingin mengambil kursus kewangan dan perbankan islam,saya masih keliru sama ada ingin mengambil diploma perakaunan atau kursus kewangan dan perbankan islam.dalam masa yg sama saya juga telah dapat tawaran politeknik di kelantan diploma perniagaan.yang mana satu institusi yg patut saya pilih utk mendapatkn peluang pekerjaan yg lebih luas.dari segi kualiti pelajaran yg mana lebih bagus antara KPM dan POLITEKNIK.
ReplyDeletesalam.tumpang bertanya,saya agak pelik,saya search di google,kolej2 seperti uniten dan kist,mereka menyatakan kolej mereka ada pengiktirafan dari MIA.tapi di sini,en. ilyasak tidak menyatakan kolej uniten dan kist.adakah pihak kolej itu hanya mahu menarik pelajar ke kolej mereka,atau en.ilyasak tidak update ??maaf kalau bertanya,dan harap dapat penjelasan.
ReplyDeleteUniten bukan sebuah 'kolej' ya! Uniten adalah sebuah 'universiti' swasta. Program Perakaunan dari Uniten adalah antara 12 universiti yang diiktiraf oleh MIA setakat 2011, manakala 2 masih dalam proses penyemakan iaitu USIM dan UNISZA. Artikel saya merujuk kepada laporan tahunan MIA tahun 2011 yang boleh dimuatturun di http://www.mia.org.my/new/about_miaannualreport.asp.
DeleteLaporan tahun 2012 belum diterbitkan lagi.
Saya ada ke web KIST, tidak pula saya terjumpa perkataan pengiktirafan MIA, yang ada ialah pengiktirafan MQA. saya dapati KIST lebih kepada program syariah dan sains kesihatan. Bagi program-program tersebut tidak perlu kepada pengiktirafan MIA kerana sudah memadai dengan pengiktirafan MQA sahaja.
MIA badan yang berautoriti mengawal selia profession Akauntan di Malaysia sebagai mana peruntukan Akta Akauntan 1967. Tugas ini termasuk memberi pengiktirafan kepada ijazah-ijazah perakaunan tempatan dan luar negeri. Dari aspek ini MQA akan merujuk kepada kepakaran MIA.
MQA badan yang berautoriti mengawal selia akreditasi pendidikan di Malaysia di bawah peruntukan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (MQA Act 2007).
Assalamualaikum, saya mempunyai sdikit hajat... sya ingin wt group dlm facebook, tpi sya mmrlukan bbrpa owg yg thu selok-belok dlm ipta & ipts... sya nk wt group trbesr dlm fb, tjuan untuk mmbntu para2 pljar dlm mnentukn hala tuju mreka... lw boleh sya nk bbrpa owg pgwai ipta or kmnterian pljran mlysia... hrp maklum... pe2 leh mcj kpda sya smcanwar@yahoo.com.my [yahoo, gmail & facebook]
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM EN ILYASAK
ReplyDeleteApa kelebihan UNITEN dalam bidang perakaunan??
This comment has been removed by the author.
Deletewaalaikumussalam.
DeleteKelebihannya ialah telah mendapat pengiktirafan MIA (Institut Akauntan Malaysia). Badan yang mengawalselia profession Akauntan di negara kita.
Assalamualaikum....saya mempunyai sedikit masalah iaitu saya baru sahaja tamatkan diploma in accountancy di politeknik....dan sekarang saya di tawarkan utk melanjutakannya ke peringkat advance diploma di politeknik jugak...tapi saya x tahu tahap advance dip tu?adakah sekiranya saya terima tawaran tu saya masih boleh pergi ke peringkat ijazah?
ReplyDeleteWalaikumussalam. Farisya, taraf 'advance diploma' ni bawah sikit dari ijazah. JPA iktiraf advance diploma ni mcm diploma sahaja - tangga gaji pun ikut diploma, rugi sikit. Kalau nak sambung perakaunan eloklah sambung di institusi yang diiktiraf oleh MIA ada 12 buah kalau tak dapat IPTA pergi IPTS spt MMU, Uniten dan Unisel.
Deletesalam en ilyasak sye nk tnye lbih bek smbung blajat di tingkatan enam sastera, atau meneruskan pngajian diploma perakaunan di uniten??..
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteKalau minat perakaunan elok ambil T6 perakaunan sebab 1) tak perlu meminjam, belajar percuma 2)masa lebih pendik - 2 tahun sahaja.
syarat kena struggle sebab belajar 1.2 tahun baru exam berbanding dengan diploma yang guna sistem semester belajar 14 minggu kemudian exam disamping penilaian selanjar (berterusan) spt kuiz, ujian, projek yang menyumbang markah sebanyak 30% - 50% dari penilaian keseluruhan prestasi akademik (pointer).
BTW - buat solat istikharah utk buat pemilihan sebab Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita.
Salam en ilyasak..sya ad bbrapa soaln.sya dpt twrn cat di kptm..maslh nya sya tak confident dgn dri saya..bi sya pon sdrhana sja.kalo lpas buat cat,boleh ke sya nk smbung degree sblm smbung acca??kalo ad cat saje,boleh tros keje ke?
ReplyDeleteWaalaikummusalam,
DeleteTahniah kerana mendapat peluang kedua memperbaiki diri. Untuk membina keyakinan diri sdra/i perlu mengenali potensi (kebolehan) dan minat diri sendiri. Peluang telah tersedia. Telah ramai pelajar sederhana dalam SPM tetapi cemerlang di peringkat diploma dan ijazah setelah mereka menjalani perubahan dari sudut pemikiran dan disiplin diri.
Pihak MARA memang sentiasa memberikan peluang kedua kepada pelajar-pelajar bumiputeri yang sederhana kerana bagi yang cemerlang akan ditaja untuk membuat kursus profesional di luarnegara. Pilihan di tangan anda sama ada anda ingin terus bekerja mahupun terus sambung, keuda-duanya baik. Sebaik-baiknya membuat solah istikharah sebelum membuat keputusan, tanyalah mana-mana ustaz/ustazah untuk mendapat panduan solat istikharah.
assalamualaikum En.Ilyasak saya baru tamat belajar di Politeknik dalam bidang Diploma Akauntansi...saya ingin bertanya berapakah CGPA kelayakan kemasukan IPTA bagi lepasan Diploma Akauntansi di Politeknik...apa yang saya tahu sukar untuk pelajar lepasan politeknik utk sambung belajar di IPTA...mereka lebih kepada pelajar universiti dan matrikulasi...Bagaimana cara nak sambung belajar ke IPTA..itu adalah cita-cita saya...terima kasih En.Ilyasak...assalamualaikum
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan..sy pelajar lepasan matriulasi..pointer sy ialah 4.00..tp sy tlah dtwarkn utk smbung blajar di UTM..sy baru tau bhwa UTM tidak diiktiraf oleh MIA..dan sy jg ad dengar khabar bhwa UTM dalam proses utk diiktiraf?adakah itu benar?dan sy mohon pendapat tuan apakah sy harus terus smbung ijazah d UTM atau mohon unvrsti lain pada tahun depan?
DeleteMohon pendapat dr tuan..
assalam..sy mrupakan plajar politeknik dalam bidang pengurusan perniagaan..sy ingin bertanya kalau nak masuk mana-mana universiti untuk menyambung degree penting ke keputusan spm??saya dengar cerita,bahawa pelajar politeknik susah untuk menyambung pelajaran di universiti betul ke?saya dan kawan2 teringin ingin masuk UKM..
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan..sy lepasan matrikulasi..dan sy mendapat pointer 4.00..ttpi sy telah trpilih utk mlnjutkn plajaran di UTM..sy baru tau UTM tidak diiktiraf oleh MIA..sy mmg brcita2 untuk ambil ACCA..tetapi sy dengar khabar bhawa UTM dalam proses diiktiraf..adkah benar?memandangkan ini yg sy dapat,mohon pendapat tuan adakah sy harus teruskan blajar di UTM atau sy mohon untuk ke unvrsiti lain pd thun depan?
ReplyDeleteHarap tuan dapat membantu sy..terima kasih..
Waalaikumussalam. Tahniah kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Ijazah Pengurusan Teknologi (Perakaunan) UTM sememangnya sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan MIA, jangan bimbang pihak UTM alhamdulillah sudah bertungkus lumus untuk memenuhi keperluan MIA. Biasanya lembaga jawatankuasa penilaian MIA akan memberi teguran kepada pihak universiti untuk penambahbaikan bagi mendapatkan pengiktirafan MIA. Kursus perakaunan di UTM telah beberapa tahun dijalankan saya yakin telah banyak penambahbaikan telah dibuat oleh pihak UTM.
DeleteSebaiknya setelah tamat Ijazah teruskan dengan ACCA. Dengan mempunyai kelulusan ACCA tiada lagi masalah pengiktirafan kerana ACCA bukan sahaja diktiraf oleh MIA malah diiktiraf diseluruh negara komenwel dan lain-lain negara.
Pada pandangan saya elok teruskan pengajian di UTM jika berhasrat meneruskan di peringkat ACCA. Walau bagaimana pun eloklah buat solat hajat dan solat istkharah sebelum membuat keputusan kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Terima kasih banyak2..lega saya sekarang..nanti kalau UTM sudh dbri pgiktirafan oleh MIA,,harap tuan boleh share kan..
DeleteBaca dengan teliti jawapan saya. Setakat laporan MIA 2011, Ijazah Perakaunan UTM 'belum' dapat pengiktirafan lagi.
ReplyDeleteYa,,belum..tp sy lega krana UTM dalam proses kearah pgiktrfan..
DeleteAssalamualaikum. harap sangat tuan ilyasak dapat tolong saya. saya baru sahaja ditawarkan degree perakaunan di UUM. soalan saya, berapa subject yang perlu saya amik sepanjang pengajian tu dan apa nama subject tu ye.
ReplyDeleteselain tu, saya pun nak tanya dalam satu semester tu berapa banyak subject yang kte wajib n perlu ambil? betulke kalau nak pilih subject dalam satu semester tu kene ikut credit hour? isu sekarang ni, saya takut untuk pilih subject. harap sangat tuan ilyasak boleh bagi penjelasan dan memberi cadangan kepada saya.
Tahniah kerana mendapat tempat di UUM. Terdapat dua penghususan ijazah perakaunan iaitu Sarjana Muda Perakaunnan (Kep) - 138 jam kredit dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) (Kep) -147 jam kredit. Secara purata satu semester pelajar akan mengambil 18 jam kredit (kira-kira 6 subjek/kursus). Secara umumnya pelajar-pelajar aan mengambil subjek yang ditawarkan oleh kolej/school.
DeleteBagi semester pertama kursus-kursus yang ditawarkan semuanya kursus asas yang dapat membantu pelajar mula mengenali budaya dan gaya pembelajaran di universiti disamping meningkatkan keyakinan diri siswa/i.
Usah risau tentang subjek/kursus (di universiti subjek dipanggil kursus), apa yang anda perlu lakukan ialah bersedia awal dari sekarang dari segi minda, emosi dan fizikal. Tetapkan matlamat dan sasaran bagi 4 tahun dari sekarang dan realisasikannya dalam tindakan. Sentiasa memohon pertolongan dalam bentuk doa dan rintihan kepada Allah. Jaga batas-batas yang ditetapkan Allah dalam AlQuran dan hadis nabi, insyaAllah Tiqah akan berjaya dunia dan akhirat.
salam sejahtera. saya nak minta pandangan tuan, saya dapat tawaran pengurusan teknologi kat UTM tapi rasanya nak tukar ke perakaunan. sebelum ni saya memang study perakaunan kat matrik. pada pendapat tuan bagaimana? harap sangat tuan boleh bagi pandangan. terima kasih.
ReplyDeletesalam satu malaysia,
ReplyDeletesaya baru sahaja mendapat tawaran untk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dlm bidang akaun d unimas. tetapi seperti yg saya maklum bidang akaun di unimas blm lg diiktirap ole pihak MIA. oleh itu saya ingin mohon pendapat encik tentang apakah yg harus saya lakukan. Perlukah saya memohon pemindahan dr Unimas ke universiti yg diiktiraf oleh MIA?
Salam tuan. saya mengambil Diploma Akauntansi dan saya ingin menyambung pelajaran saya. Agak2 tuan mana patut saya tuju? uitm? unimas? ums?
ReplyDeletesalam satu malaysia,
ReplyDeletesaya baru sahaja mendapat tawaran untk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dlm bidang akaun d unimas. tetapi seperti yg saya maklum bidang akaun di unimas blm lg diiktirap ole pihak MIA. oleh itu saya ingin mohon pendapat encik tentang apakah yg harus saya lakukan. Perlukah saya memohon pemindahan dr Unimas ke universiti yg diiktiraf oleh MIA?
Usah terburu-buru membuat keputusan. Mendapat tempat di IPTA merupakan satu keistimewaan kerana ribuan calon yang layak telah ditolak permohonan mereka.
DeleteSebaiknya buat sedikit 'homework' dengan menghubungi pihak UNIMAS (Dekan Fakulti Perakaunan) untuk mendapatkan penjelasan status pengiktirafan MIA bagi program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Setelah berpuashati barulah buat keputusan mengikut kehendak/hasrat diri.
Baiklah terima kasih atas nasihat tuan.
DeleteSalam tuan Ilyasak.
ReplyDeleteAlhamdulillah. sy baru ditawarkan ijazah perakaunan di UiTM. Setahu sy, di UiTM juga ada menawarkan ijazah perakaunan profesional.*mohon diperbetulkan jika silap. Jadi soalan sy, bolehkah sy menukar kursus drpd ijazah perakaunan biasa kepada ijazah perakaunan profesional kerana sy mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan kelayakan profesional iaitu acca. Namun,sy tahu risikonya agak tinggi. Jadi, saya perlukan pandangan dari pihak tuan. Jika sy teruskan sahaja dgn ijazah perakaunan, adakah sy perlu menghabiskan pengajian selama 4 tahun dahulu,barulah boleh menyambung untuk mendapatkan acca? apa pula beza silibus dalam kedua2nya?
Harap tuan dapat membantu dengan memberikan sedikit panduan dan nasihat. terima kasih.
Walalaikumussalam. Sdri Asrar, semoga cerita dan berita Puan Najihah ini dapat menjawab persoalan dan membantu serta memotivasikan anda.
Deletehttp://ilyasak.blogspot.com/2012/04/najihah-khalid-senior-manager-ernst.html
assalamualaikum,En.IIyasak..saya mendapat twrn bljr di uitm dlm bidang sarjana muda perakaunan (kepujian).tetapi sblum ni saya belajar dalam bidang diploma pengajian perniagaan uitm.adakah saya perlu menghabiskan 8 sem?sedangkan ada beberapa subjek di setiap semester telah sy pelajari sewaktu diploma.adakah sy boleh transfer kredit?saya kurang arif ttg hal ini.harap en dapat menjelaskan sedikit.
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteTahniah kerana kecemerlangan diperingakt diploma. Biasanya transfer kredit mesti dimohon oleh pelajar dan pertimbangan akan dibuat oleh pihak fakulti berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh pihak fakulti. Sebaik-baikmya hubungi pihak Fakulti Perakaunan UiTM.
Salam encik Ilyasak.
ReplyDeleteInsyaallah saya akan tamatkan diploma in accounting pada pertengahan tahun hadapan di kolej unikop under uitm.
tapi saya agak keliru sekarang memandangkan pointer saya tersangatlah rendah dan tidak mencapai 2.5 pun sekarang.
kemungkinan besar apabila saya grad tahun hadapan, pointer saya hanya 2.5 dan tidak sampai 3.0 ke atas.
adakah saya layak untuk menyambung degree in accounting?
ataupun jika saya bekerja dahulu, adakah syarikat2 swasta atau kerajaan yang mahu menerima pekerja yang hanya ada diploma in accounting?
Sering terjadi dalam kehidupan kita pencapaian sebenar tidak seperti yang kita rancang atau sasarkan walaupun kita telah mencuba dengan sebaiknya mengikut pandangan kita. Memang dalam dunia persaingan sekarang CGPA 2.5 agak sukar untuk bersaing sama ada mendapatkan tempat di IPTA mahupun mendapatkan kerja di agensi kerajaan mahupun sektor korporat.
DeleteDalam hidup kita jangan mudah mengalah, atur langkah dan strategi pembelajaran yang berkesan bagi menghabiskan sisa-sisa pengajian yang masih berbaki mudah-mudahan CGPA akan meningkat walaupun sedikit. Jika mendapat pembiayaan MARA CGPA 2.5 dan ke atas banyak membantu dari segi potongan pembayaran balik pinjaman.
Untuk melanjutkan pelajaran sebenarnya tidak terhad di IPTA sahaja, IPTS yang menawarkan pelbagai kursus termasuk Perakaunan juga banyak. Yang penting jika ingin menyambung dalam bidang perakaunan pastikan ijazah tersebut mendapat pengiktirafan MIA.
Sebenarnya pemegang-pemegang diploma lebih mudah mendapatkan pekerjaan jika dibandingkan dengan pemegang ijazah, STPM dan SPM. Saudari perlu membuat persediaan dari segi mental dan 'softskill' seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran teknikal, kemahiran interpersonal dan sebagainya. Majikan sangat berminat kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran-kemahiran tersebut di samping kelulusan akademik.
Kenali diri sendiri dari segi kebolehan dan minat, perbaiki dan tingkatkan kekuatan (kelebihan) diri untuk menampung kekurangan dibidang akademik. Kerana telah ramai graduan yang mempunyai keputusan sederhana tetapi cemerlang dalam kerja kerana sikap yang positif.
Rajin-rajin buat kajian dan hadiri kursus-kursus untuk membina sikap dan cara berfikir yang positif.
Semoga berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan.
Salam En Ilyasak,sy ada bberapa pertanyaan
ReplyDelete1) Bila agaknya Usim boleh mendapat pengiktirafan sepenuhnya dari MIA?
2) Once dah tamat pengajian sarjana muda perakaunan dan daftar dgn MIA dah dikira certified accountant ke? Or I still need to sit for any examinations to certify myself as a professional accountant?
Walaikumussalam.
Delete1) Sila hubungi pihak USIM
2) Ya. Mengikut Bahagian I jadual pertama Akta akauntan 1967. Untuk melayakkan seseorang pemegang ijazah yang diiktiraf oleh MIA menjadi Chartered Accountant mestilah telah lulus mana-mana ijazah yang diktiraf berserta pengalaman kerja tidak kurang 3 tahun dalam industri seperti badan kerajaan, sektor korporat dan lain-lain sila rujuk
http://www.mia.org.my/new/members_being_application.asp
assalamualaikum en. Ilyasak. Saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan ACCA di Dublin Business School (DBS). Patutkah saya menerima tawaran tersebut?
ReplyDeleteWalaikumussalam. Pada pendapat saya tersangat patut menerima, walau bagaimana pun buatlah solat istikharah sebelum membuat keputusan menerima atau menolak kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Deleteboleh saya thu list terkini universiti yang diiktiraf oleh mia?
ReplyDeletesalam tuan. saya lepasan dari Diploma In Accountancy di Kolej Polytech Mara. Saya berhasrat untuk menyambung degree. tapi saya keliru untuk memohon degree dalam jurusan apa bagi menjamin masa depan saya. boleh tuan beri sedikit pandangan?
ReplyDeleteTahniah kerana mempunyai Diploma in Accountancy. Masa depan penuh dengan ketidakpastian, justeru itu setiap keputusan sebaik-baiknya kita munajat kepada Allah dengan berdoa, solat hajat dan solat istikharah mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah dalam kita membuat keputusan.
DeleteUntuk melanjutkan pelajaran dua perkara asas yang mesti diambilkira iaitu minat dan kebolehan (bakat) diri sendiri. Perkara ketiga yang perlu diambilkira ialah prospek masa depan. Kursus-kursus profesional (ACCA, CIMA, CPA dan sebagainya) merupakan prospek yang baik pelajar perakaunan. Walau bagaimanapun bukan semua orang berkebolehanan dan berkupayaan dalam bidang tersebut w/pun mempunyai asas perakaunan, jadi saya suka menasihatkan pelajar-pelajar masuk dalam bidang keusahawanan.
Assalamualaikum tuan ..
ReplyDeleteSaya lepasan diploma pengurusan teknologi (perakaunan) dan saya mempunyai masalah untuk memilih tempat menyambung pengajian di peringkat ijazah . saya menerima tawaran belajar di UTM dalam bidang perakaunan . tetapi sebelum menerima tawaran ini, saya ada memohon untuk belajar di MMU .. bapa saya merupakan pekerja telekom .. saya ingin meminta pendapat tuan, adakah saya patut menerima tawaran di UTM atau MMU ? jika mengambil kira pengiktirafan badan profesional dan peluang kerjaya ..
terima kasih ..
Assalamualaikum tuan,
ReplyDeleteSaya seorang yang berkerjaya dalam bidang agama, saya bercadang untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang account untuk memahami akaun syarikat (kerana bidang kerja saya melibatkan zakat syarikat).Untuk makluman, saya hanya ada sedikit sahaja pengetahuan dalam bidang account.Besarlah harapan saya agar tuan dapat menasihati saya tentang kursus yang sesuai bagi orang seperti saya dan kolej-kolej swasta yang menawarkan kursus perakaunan secara separuh masa yang diiktiraf oleh MIA.Sekian Terima Kasih.
Bagi peringkat diploma tidak perlu kepada pengiktirafan MIA memadai dengan kelulusan MQA, tetapi bagi peringkat sarjana muda rujuk artikel di atas.
Deleteassalam....
ReplyDeletesaya seorang pelajar diploma in accaunting di uitm. saya nak tahu adakah ACCA boleh diambil selepas tamat diploma? seandainya saya ingin sambung degree in accaunting di UUM,adakah tempoh masa belajar 4 tahun atau disingkatkan?
Boleh. Pemindahan kredit bagi kursus-kursus (subjek) asas boleh dipohon dan tertakluk kepada kelulusan pihak universiti.
DeleteAssalamualaikum. sy ingin bertanya,adakah bagus untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah perakaunan secara part time (pjj) di ukm? Adakah pjj ukm juga di iktiraf MIA? Dan juga adakah sama value (sijil ijazah) bg mereka yg mengambil full time dgn part time study?
ReplyDeleteYa.
DeleteTuan,
ReplyDeleteApakah perbezaan Certified Accounting Technician(CAT) dan ACCA? yang mana bagus untuk di pilih setelah ada Diploma in Accounting?
CAT setaraf dengan diploma manakala ACCA setaraf dengan Ijazah. Kebiasaanya pemegang diploma akan meneruskan ke ACCA.
ReplyDeleteslm tuan..sy merupakan graduan degree tesl dr unisel tp berminat ke arah bidang accounting.. ada x apa2 cara untuk sy mngambil cat secara part-time?skrg sy stay di kota bharu, kelantan..n ade x institusi yg menawarkan cat/acca secara part time? klu bole, sy ingin bekerja sambil belajar..harap tuan dapat membantu..
ReplyDeleteTahniah kerana mempunyai minat dalam bidang perakaunan w/pun telah mempunyai ijazah TESL. Penguasaan BI yang baik adalah satu kelebihan untuk memasuki bidang perakaunan atau perundangan.
DeleteSaya tidak pasti kolej-kolej swasta yang menawarkan CAT/ACCA secara p/time di KB, ttp boleh cuba bertanya kepada kolej yang telah established di sana.
assalamualaikum. saya merupakan graduan CAT, saya ingin mendapatkan pendapat tuan mengenai deg in accounting dan ACCA kerana saya berhasrat untk menyambung pengajian saya. jika saya memilih deg, adakah saya akan mendapat pengecualian beberapa kertas dlm deg yg saya ambil atau sebaliknya? saya juga ingin tahu senarai universiti di luar negara seperti singapore dan indonesia yg menawarkan ACCA dan cara memohon utk menyambung pengajian di sana.
ReplyDeletep/s : mohon reply di emel saya
sitiaisyah.zakaria92@gmail.com
terima kasih.
assalamualaikum,,sy nak tanya..yang manakah lebih elok..smada smbung acca ataupon degree?skranya dari diploma,kalau smbung acca,bgamanakah penerimaan dlam sektor swasta?sy berminat dlam acca..tp,penerimaan skrang,better kite ada first degree baru selesa dlam sektor pekerjaan..mohon pndapat encik..=)
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletesaya nak tahu susah ke untuk pass dalam acca jika ambik lepas diploma? kerana lecture saya lebih merujuk ambik degree dahulu berbanding acca. adakah kita boleh ambik cima lepas abis acca?
assalamualaikum, sy nak tnya boleh tak kalau lepas ambik diploma lcci/cat nak sambung degree acc kat mana2 ipta ? saya perlu kn jawapan segara :)
ReplyDeleteNak buat degree dalam negara mesti lulus sijil matrikulasi, STP atau mana-mana diploma yang mendapat pengiktirafan MQA sahaja. Lulusan LCCI/CAT kena sambung ijazah professional sahaja atau ijazah luar negara.
DeleteAssalamualaikum,
DeleteSaya nak tanya, dr sek men saya memang meminati subjek akaun, w/bagaimanapun masa sekolah menengah sy di hantar ke sek men teknik dan mengambil jurusan kejuruteraan awam. Selepas sekolah saya terus bekerja kerana mempunyai masalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dalam masa yg sama saya menyimpan hasrat utk belajar LCCI, sekali lagi saya tidak berpeluang kerana masalah kewangan. Ketika umur 20 tahun, saya dapat bekerja di sebuah bank sebagai kerani. Di usia 25 tahun saya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan secara PJJ di OUM melalui biasiswa drpd bank. Saya memilih kursus perakaunan dan permohonan saya di tolak kerana pelajaran saya tiada basic akaun. Tetapi sekarang ini sy ingin menyambung pelajaran lagi. Adakah sebaiknya saya ambil eMBA (UITM) / ACCA /CIMA. Di pusat pengajian manakah yang sebaiknya saya ambil untuk mencapai cita-cita saya menjadi akauntan berjaya. Saya tinggal di Kuantan dan mempunyai 3 orang anak. Umur 30 tahun. Hasrat dari sekolah utk belajar akaun tidak pernah putus. Saya tidak tahu di mana harus saya bertanya kerana bila call ACCA Malaysia, diorang speaking, kerana saya lemah untuk bertutur English, tetapi bila orang bertutur saya faham.
Pengalaman kerja dah ada, ijazah pertama dah ada. Oleh kerana minat yang mendalam saudari terhadapap profession akauntan, nasihat saya buat ijazah professional seperti ACCA atau CIMA. Kedua-duanya adalah bidang yang berbeza dan mempunyai kelebihan yang berbeza. Buat sedikit 'homework' untuk memadankan kebolehan dan peluang kerjaya insyaAllah saudari akan dapat impak maksima. BTW buat solat istikharah.
DeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteSaya nak tanya kalau lepasan SPM, CAT atau Dip dalam Accountancy mana satu lagi bagus? Dan IPTA/IPTS mana yang menawarkan CAT dan mempunyai pengiktirafan MIA?
salam Encik Ilyasak
ReplyDeletesaya freh graduate Diploma In Accountancy di IPTS. saya grad hanya 2.8 sahaja. Saya berkeinginan nak sambung degree dalam mana mana bidang akaun ataupun business. boleh tak En Ilyasak suggest mana2 IPTA yang saya layak mohon. Terima Kasih
Salam En.Ilyasak,
ReplyDeleteAntara politeknik atau universiti, manakah pilihan yang terbaik jika sy ingin melanjutkan pelajaran dlm diploma perakaunan?
Bergantung kepada keupayaan dan sasaran kita, kerana dikedua-dua institusi tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Ramai juga kenalan saya dari politeknik telah berjaya mendapat ijazah professional dan tidak kurang juga mempertikaikan kualiti graduan politeknik, kelebihan di politeknik peluang untuk mendapat bimbingan dari pensyarah lebih berbanding dengan universiti kerana biasanya di universiti pelajar-pelajar lebih "independent" dan persaingan agak sengit bagi pelajar-pelajar yang tidak boleh 'coup' dengan sistem di universiti akan menyebabkan mereka tertinggal.
DeleteJika mampu dan sanggup kerja keras serta bersaing eloklah ke universiti sebab pendedahan kerjaya dan pengiktirafan di universiti lebih baik sementelahan pula peluang untuk masuk ke universiti sangat terhad.
Terima kasih atas infonya :)
ReplyDeletesalam en ilyasak..
ReplyDeletesy mrupakan degree of accounting student dr universiti yg belum diiktiraf oleh MIA..
sy nk tahu apa yang perlu sy lakukan jika sy ingin menceburi bidang forensic account??
dan apakah kretirea yg perlu ada utk mnjadi forensic account??
Salam En.Ilyasak,
ReplyDeleteAntara diploma+ijazah perakaunan atau STPM+ijazah perakaunan, yang manakah pilihan lebih baik untuk menjadi seorang akauntan?
Setiap keputusan berbeza bagi setiap individu, ia bergantung kepada beberapa perkara
Delete1) objektif
2) kos masa & kewangan
3) minat
4) kebolehan
5) peluang
salam en. sy seorang guru. saya berminat utk menyambung pengajian dlm perakaunan. sy tidak mempunyai sebarangasas dlm perakaunan krn ms sek sy aliran sains tulen. sy perlu kan cdgn utk sambung dlm kos apa dan dimana. sy mmpunya degree dlm pendidikan.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
DeletePemilihan kos bergantung kepada beberapa perkara;
1) objektif
2) kos masa & kewangan
3) minat
4) kebolehan
5) peluang mendapat tempat dan prospek
sy berminat utk menceburi bidang perakaunan ni memandangkan guru bknlah cita2 utama sy. adakah sy patut mengambil diploma dulu di mana2 politeknik ataupon uni..?..atau sy boleh trus mengambil degree..?..layak ke saya memandangkan sy tidak mempunyai asas dlm perakaunan ini.
Deletesalam en.ilyasak..
ReplyDeletesy nk bertanya...antara CIMA dan ACCA mana yg lebih bagus??
sy dengar ada orang mengatakan CIMA x laku di peringkat international berbanding ACCA..
Dalam dunia yang sungguh mencabar dan perubahan yang pantas ini kelayakan professional merupakan tiket masuk dalam persaingan sahaja. Dalam mencari calon pegawai mereka, majikan sangat memilih. Mereka memilih calon yang mempunyai sikap yang betul.
DeleteKedua-duanya bagus, jadi yang lebih bagus ialah bagaimana kita memasarkan diri kita dengan melengkapkan 'soft-skill' yang diperlukan oleh industri.
Kata Warren Buffet (Usahawan berjaya Amerika), ada tiga ciri-ciri pekerja idaman beliau, iaitu yang punyai Integrity, Intelligence (Kepintaran) dan Energy (Tenaga, Kekuatan).
salam en. .
ReplyDeletesaya nak tanya. . jika CGPA kita kurang memuaskan ketika diploma akauntansi, dalam bidang apakah yang kita boleh ceburi apabila menyambung DEGREE?
Asssalamualaikum.
DeletePada hemat saya tiga perkara perlu dipertimbangkan mengikut urutan;
1-minat
2-kebolehan
3-peluang
salam..sy lepasan Diploma Akauntansi dr sebuah poloteknik...ingin melanjtkan ke ijazah..boleh ke saya nk 'transfer credit' yg didalam diploma?dan berapa jumlah 'credit max" yg boleh di 'transfer'?
ReplyDeletePolisi 'Transfer kredit' setiap universiti berbeza-beza, justeru itu cuba hubungi pejabat fakulti/jabatan perakaunan universiti yang berkaitan dan dapatkan maklumat tersebut.
Deletesalam En.Ilyasak.....sy lepasan politeknik...skarang saya bekerja di firma oil & gas.....saya ingin melanjutkan pelajaran di peringkat degree in accountancy di uniten...seperti yang en maklumkan, uniten sekarang dah di iktiraf oleh MIA...pengiktirafan MIA ada tempOh tempoh tertentu ke???? macam MQA???? takut juga tengah2 study last sem dah x di diiktiraf oley MIA....
ReplyDeleteTidak, belum ada kes lagi di Malaysia MIA menarik balik pengiktirafannya terhadap mana-mana universiti yang telah diiktirafnya.
DeleteTempoh pengiktirafan MQA bertujuan melindungi pelajar-pelajar supaya mendapat pengajian yang berkualiti, justeru itu IPT-IPT akan sentiasa menjaga kualiti pengajian mereka.
Jangan risau teruskan hasrat untuk menyambung pengajian.
This comment has been removed by the author.
DeleteSyarat untuk sambung pelajaran ke universiti tempatan mesti lulus MUET.
Deleteassalamualaikum.....saya ad soalan yg sangat mushkil....patut ker saya memilih untuk melanjutkan pelajaran saya dalam ACCA CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIAN ataupon memilih untuk diploma.....
ReplyDeleteyang mana satu pilihan yang terbaik untuk saya melanjutkan bagi pendapat encik....
Saudara Zaki - Assalamualaikum.
DeletePerbandingan CAT dengan Diploma ialah perbandingan acara larian 100 meter dengan 1,000 meter. Bagi larian 100 meter ciri-ciri diperlukan berbeza dengan acara larian 1000 meter. Acara 100 meter merupakan acara pecut, ciri-ciri pelari acara pecut berbeza dengan ciri-ciri pelari acara sederhana dari segi bentuk fizikal dan kebolehan. Latihan yng dijalankan juga berbeza.
Jawapan kepada soalan mana kursus yang lebih baik, anda lebih mengetahui daripada orang lain kerana anda lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan diri anda. Justeru itu anda perlu mengenali diri anda dan menetapkan sasaran anda berdasrkan kepada minat, kebolehan dan peluang. Selebihnya anda perlu buat solat istiharah kerana Allah lebih mengetahui mana yang lebih baik untuk saudara.
terima kassih atas pendapat encik... :)
Deletesalam.
ReplyDeleteencik, saya ingin bertanya. saya mengambil spm 2012 dan berhasrat nak sambung belajar dan menjadi chartered accountant.
jalan mana yang saya harus tuju? minta beri sedikit pandangan untuk menyambung ke peringkat yg lebih tinggi di ipta.
terima kasih.
Untuk menjadi akauntan profesional laluannya;
Delete1) CAT ---> ACCA (kalau keputusan cemerlang usahakan tempat di UiTM dalam CAT 'fast track program')
2) Matrik ----> Ijazah ----> ACCA
3) STPM ----> Ijazah ----> ACCA
4) STPM ----> ACCA
5) Diploma ----> ACCA
6) Diploma ----> Ijazah ----> ACCA (laluan paling selamat tetapi kos dan masa yang lebih panjang)
Setiap laluan mempunyai kos dan risiko tersendiri dapatkan nasihat daripada kaunselor/mentor di sekolah anda yang lebih mengenali kekuatan dan kelemahan anda.
salam,program cat-acca di kptm kl diiktiraf oleh mia atau tidak?
ReplyDeleteCAT-ACCA merupakan program professional di bawah Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom). ACCA merupakan antara badan yang mendapat pengiktirafan MIA malah di seluruh dunia pun.
DeleteDi Utara ,U mana yg ada buat "ACCA" out-campus study.
ReplyDeleteT/kasih
ACCA boleh dibuat di banyak institusi pengajian tinggi swasta. Antaranya;
DeleteSunway College Ipoh
PTPTL Penang
SENTRAL Technology College (STC, Penang)
Disted-Stamford College,Penang.
Assalamualaikum En. Illyasak..
ReplyDeleteSaya ada beberapa perkara yang memerlukan sedikit penjelasan dari encik berkaitan dengan ACCA dan MIA.
1. InsyaAllah pertengahan tahun hadapan saya bakal menghabiskan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM. Selepas itu saya berhajat untuk menyambung pelajaran dalam bidang profesional perakaunan iaitu ACCA. Sekiranya saya menyambung ACCA dan boleh membuat pengecualian kursus, apakah kursus/subjek dalam ACCA yang tinggal yang perlu saya ambil?
2. Apakah cabang-cabang tajaan untuk menyambung ACCA selepas tamat ijazah sarjana muda perakaunan?
3. Saya difahamkan, salah satu syarat untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Akauntan Bertauliah/Chartered Accountant (CA) dari MIA ialah perlu mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang perakaunan selama 3 tahun (bagi lepasan ijazah sarjana muda dari universiti diiktiraf MIA).
a) Pengalaman kerja selama 3 tahun itu, adakah perlu di firma audit sahaja atau boleh juga di firma komersial?
b) Kalau bekerja di firma komersial, tetapi tidak bekerja di department perakaunan (Cth: Human Resources, Marketing) sedangkan memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari universiti diiktiraf MIA, bolehkah saya memohon MIA?
c) saya juga difahamkan salah satu syarat memohon MIA Member adalah menjalankan Latihan Praktikal selama 6 bulan ketika Ijazah. Adakah 6 bulan praktikal itu termasuk dalam syarat pengalaman kerja selama 3 tahun yang dinyatakan tadi?
d) sekiranya saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Kewangan atau apa-apa sahaja Ijazah Sarjana Muda yang serba sedikit berkait dengan Perakaunan atau Perniagaan, kemudian bekerja di firma audit atau di syarikat komersial dalam department perakaunan selama 3 tahun, adakah saya layak memohon MIA?
e) Bagi memenuhi syarat bekerja dalam bidang perakaunan selama 3 tahun itu, adakah perlu bekerja di firma yang sama sahaja selama 3 tahun?
f) Selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, saya menyambung Diploma Pendidikan dan kemudiannya bekerja sebagai tenaga pengajar dalam bidang perakaunan. Bolehkah saya memohon MIA dengan berbekalkan pengalaman sebagai Guru Perakaunan sahaja?
Assalamualaikum encik.. saya ingin bertanyakan 1 soalan berkenaan dengan akreditasi MIA terhadap universiti2...
ReplyDeleteapakah impak sekiranya MIA tidak mengiktiraf universiti yang menawarkan degree accounting di universiti mereka? adakah sekiranya freshgraduate bekerja di mana-mana sektor awam atau sektor swasta akan mnyebabkan gaji mereka sama dgn level diploma @ gaji sama dengan freshgraduate dari universiti yang diiktiraf MIA?
mohon penjelasan lebih lanjut.terima kasih membantu.
Salam En Illyasak,
ReplyDeleteInsyaallah saya akan menamatkan pengajian Diploma in Accountancy di UiTM pada Jun 2013 ini. Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran peringkat Bachelor (Hons) Accounting & Finance di Dublin Business School, Ireland.
Syarat penaja ialah universiti dan kursus mestilah diiktiraf oleh JPA. Masalahnya pihak JPA mengatakan mereka tidak mengiktiraf ijazah DBS dan pihak MARA mengatakan mereka hanya mengiktiraf ACCA dari DBS.
Apakah pendapat dan nasihat encik? Terima kasih.
Assalamualaikum.. Saya graduan diploma dari politeknik dalam bidang akauntansi. Adakah acca dalam advance diploma puo diiktiraf?
ReplyDeleteDan saya ingin bertanya manakah jalan yang terbaik, advance diploma ataupun ijazah
ReplyDeleteAssalamualaikum encik. Saya nak tanya apa pekerjaan yang berkaitan dengan bidang percukaian selain tax advisor?
ReplyDeletesalam.. saya nak tanye.. saya sekarang study di uitm dalam dip perakaunan.. mcm mana cara nak apply untuk saya further study overseas? at least CGPA berapa? dan negara mana? saya ada sijil LCCI.. berguna x sijil LCCI tu? terima kasih.. :)
ReplyDeletesalam..mohon pndangan encik..antara degree acc yg diiktiraf mia dgn degree acc(pendidikan) yang mana lgi baik..? kalau sambung degree acc dulu then nanti bleh jgk kan kalau nak ambik pendidikan balik?
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteencik...
sy ada soalan nk tanya
sy dh ada dip account UTM n now doing Bachelor in Acc..in UNITEN
So dh last semester...
igot 3 from 5 choice for elective course
1 specialize taxation
2 islamic Banking n Finance
3 Islamic Accounting
4 Forensic Accounting
5 Internal Audit
so no sy dh amnik tax n islamic banking..
encik rase adakan islamic acc. ada market untuk berkerja dlm institusi bank sekarang??
pada mulanya mmg sy nk ambik internal audit.. tp sy dh frust dgn result audit n investigation sblm tu...
forensic pn mcm audit jugak kan..
so pada mula sy cita2 nk jd auditor mmg x trcapailah...
tp sy interested dlm banking plk skrg ni..
so apa pendapat en?
if anything hope u can mesej me... i start last sem on may.. after that go for industrial training..
0139835845
salam sejahtera...
ReplyDeletesaya pelajar STPM sistem baharu yang diperkenalkan pada tahun ini. saya berminat untuk melanjutkan pelajaran saya dlm bidang perakaunan. option saya dlm stpm adalah pa, sejarah, ekonomi dan bm. saya nak tanya bolehkah saya mengambil sarjana muda perakaunan selepas stpm, berapakan cgpa yang diperlukan untuk mengambil course tersebut dan apakah kelayakan MUET yang diperlukan untuk menyambung pelajaran di UMT???
Assalamualaikum, saya lepasan SPM nak minta pendapat mana lebih bagus dan apa kelebihan mengambil antara diploma perakaunan dan (Charetered Acountant Technician)CAT?
ReplyDeleteDan saya nak tanya boleh ke kita mendapat pekerjaan dengan lepasan CAT sahaja?
Assalammualaikum. saya nk tnya, contoh la kalau dpt pinjaman mara buat A-level (2 tahun)di malaysia lps tu sambung ijazah dlm course perakaunan + CPA (3 tahun)di austalia, perlu ke saya amik lagi acca kalau dh ada cpa ?
ReplyDeleteassalamualaikum...saya bdax lpasn SPM 2012...saya nk tau antara diploma,matrik dan form 6 manakah pilihan yg terbaek utk smbung bidng akaun..?
ReplyDeleteassalam, sya nk tnya saya lepasn SPM, kalu sya ambil sjil CAT selpas tu boleh smbg degree tak? ataupun sijil CAT hanya boleh sambung ACCA?
ReplyDelete*sya ada terbca selepas CAT hanya boleh smbung ACCA shja? betul ke?
assalamualaikum EN. Illyasak , saya mahu bertanya tentang CAT . saya dpt tawaran drpd kolej poly tech mara kl dlm bidang Cat . saya agak kecewa kerana kputusan spm saya alhamdulillah cemerlang ttpi b.i saya dpt D . saya agak tertekan krana syarat klyak UITM perlu minima b.i D . saya sgt bcita cita utk mnjadi profesional accountant .adakah cat yg ditawarkan oleh kptm kl mendpt pgiktirafan.
ReplyDeletemohon penjelasan encik .
AS SALAM EN , SAYA MAHU BERTANYA . JIKALAU SAYA MENGAMBIL DIP AKAUN DI KOLEJ PROFESIONAL MARA SELAMA 3 TAHUN , SELEPAS ITU MANAKAH ARAH TUJUAN YANG TERBAIK UNTUK SAYA SAMBUNG IJAZAH DAN U MANA KAH YANG SESUAI ? TEMPOH PENGAJIAAN IJAZAH PULAK MENGAMBIL TEMPOH DALAM BERAPA TAHUN ? DAN ADAKAH DIPLOMA DIA DI KPM MEMBOLEHKAN SAYA LAYAK MENDAPAT TEMPAT DI IPTA SEPERTI UITM ?
ReplyDeleteSalam En. Saya lepasan spm. Saya mendapat tawaran di kptm kl dlm course ACCA. Saya confuse. Saya patut pergi diploma perakaunan di ipta atau acca di kptm?
ReplyDeletesaya dpt offer CAT + ACCA di UITM (bayar sendiri kot). saya juga dapat MARA utk buat perakaunan + ACCA di UNITEN (persediaan setahun).
ReplyDeleteyg mana satukah pilihan yg wajar?