Monday

Kapal Perang vs Rumah Api

Cerita ini merupakan kisah yang diceritakan oleh oleh Frank Koch dalam Proceedings, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Institut Tentera Laut, banyak pengajaran yang terkandung di dalamnya selain dari hanya "Anjakan Paradigma":


"Dua buah kapal perang skuadron latihan telah berlayar beberapa hari menjalani latihan gerakan dalam cuaca buruk. Saya bertugas di kapal perang utama dan pada suatu malam, saya sedang menjalankan tugasan, mengawas di pusat kawalan kapal. Keadaan penglihatan kurang baik sebab kabus bertompok-tompok, oleh itu kapten berada di pusat kawalan kapal untuk mengawasi segala aktiviti.

Seketika selepas hari gelap, anggota tentera pengawas yang bertugas di bahagian tepi kapal melaporkan, "Cahaya ke bahagian kanan haluan kapal."

"Tetap atau bergerak ke sini?" tanya kapten.

Anggota itu menjawab, "Tetap, kapten," yang bermaksud kami menghadapi bahaya perlanggaran dengan kapal yang sebuah lagi.

Kapten itu pun mengarahkan anggota yang memberi dan menerima semboyan, "Hantar isyarat kepada kapal itu: Kita menghadapi bahaya perlanggaran, minta tuan ubah arah perjalanan 20 darjah."

Isyarat pun diterima dari pihak satu lagi, "Lebih sesuai kalau tuan ubah arah perjalanan 20 darjah: "

Kapten itu pun berkata, "Hantar: saya kapten, ubah arah perjalanan 20 darjah."

"Saya kelasi kelas dua," datang jawapan darinya. "Lebih baik tuan ubah arah perjalanan 20 darjah."

Kapten itu pun meradang dan marah. Dia meludah kemudian mengarahkan, "Hantar: SAYA KAPAL PERANG. UBAH ARAH PERJALANAN 20 darjah!!!"


Balasan isyarat dari cahaya itu, "Saya rumah api."

Kami pun akhirnya terpaksa mengubah haluan perjalanan."

Sumber:
Steven Covey, The Seven Habits of Highly Effective_People

No comments:

Post a Comment