Wednesday

Perubahan - Fitrah Yang Perlu Diurus

"Sekali air bah sekali pantai berubah." Begitulah pepatah Melayu dan perlu diingat bahawa bukan sekali air bah tetapi berulangkali sehingga menyebabkan pantai mengalami proses perubahan yang berterusan sehingga berlaku hakisan yang serius seperti yang berlaku di Pantai Cahaya Bulan. Sebahagian pantainya telah ditelan oleh Laut China Selatan, deruan ombaknya yang dihempas ke pantai menenangkan jiwa - melodi alam.


Proses ini tidak mampu kita tahan ia terus berlaku pada setiap detik dalam kehidupan kita. malah seluruh kehidupan kita terus berubah daripada fizikal diri kita hinggalah kepada alam semesta yang penuh misteri ini. Seperti kata sarjana yang tidak berubah hanyalah perkataan 'perubahan' itu sahaja.

Lihatlah pada fizikal tubuh badan kita yang terus berubah dari seorang anak kecil menjadi pemuda yang gagah perkasa dan kemudiannya menjadi orang tua yang beransur lemah segala-galanya.

Kampung halaman kita juga tidak terkecuali dari mengalami perubahan, cuma bentuk perubahannya agak berbeza. Bukit-bukit mungkin sudah banyak yang telah dipotong, hutan-hutan telah bertukar menjadi perkampungan, perladangan dan sebagainya.

Bumi juga mengalami perubahan fizikalnya, sedarkah kita bumi semakin memanas.

Perubahan adalah fitrah kejadian, justeru itu Islam menganjurkan pengurusan perubahan ke arah positif melalui kata-kata Rasulullah SAW yang mafhumnya;

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

Islam menanggani perubahan dari tiga perspektif
1-tajdid - pembaharuan iman dan masyarakat
2-taghyir - perubahan diri, masyarakat dan negara
3-taslih - pembaikan diri, masyarakat dan negara


1. Tajdid

Dr Yusuf al-Qaradawiy menjelaskan tajdid berlaku dalam bentuk fizikal dan maknawi. Tajdid fizikal contohnya ialah seperti memperbaharui bangunan klasik seumpama istana, rumah ibadat atau masjid. Pembaharuan bukanlah bererti meruntuhkan bangunan lama lalu dibina bangunan menurut model terbaru pada tapak lama, tetapi dikatakan pembaharuan itu dengan mengekalkan bangunan lama dengan memulih bentuknya yang asal dengan segala panoramanya. Itulah Tajdid hakiki. Tajdid maknawi pula berlaku umpamanya pada agama sama ada dalam bentuk pembaharuan kefahaman (tajdid fikri) atau tajdid amal yang meliputi tajdid imani dan tajdid ruhi. Justeru itu setiap masa diperlukan pembaharuan (tajdid) yang sesuai dengan tuntutan zaman dan lingkungan bagi menampung mana-mana kecacatan yang timbul, menyempurnakan kekurangan yang wujud atau merawati mana-mana penyakit yang ada. Almarhum Abu ‘Ala al-Mawdudi (m.1979) menyatakan bahawa tajdid merupakan suatu keperluan bagi umat untuk memurnikan semula kefahaman dan amalan Islam sebaik sahaja dinodai oleh unsur jahiliyyah.

Kalimah dan konsep tajdid ada disebut oleh Rasulullah dalam hadis yang menjanjikan suatu berita gembira untuk umat Islam, "Sesungguhnya Allah (SWT) akan membangkitkan dari kalangan umat ini dipermulaan setiap kurun mereka yang akan mentajdidkan agama umat ini." (riwayat Abu Dawud, al-Hakim dan al-Baihaqi)

Matlamat tajdid adalah untuk mengislahkan masyarakat ke arah memahami dan menjalankan tanggungjawab agama secara mudah dan berbetulan dengan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih. Islam seperti yang ditunjukkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah merupakan suatu agama yang Wasit yang tidak mengambil sikap ekstrim kanan atau kiri atau apa yang disebut oleh nabi sebagai La Ifrat wa La Tafrit. Malah banyak ingatan supaya tidak keterlaluan dalam apa-apa aspek pun termasuk ibadat, solat, puasa, sedekah dan gaya hidup. Apa lagi dalam suasana umat yang tidak mempunyai tarbiah yang cukup tinggi.


2.Taghyir

Taghyir adalah perubahan yang bersifat menyeluruh yang diawali dari asas (fikrah/aqidah). Asas ini merupakan noktah bidayah dasar yang melahirkan berbagai fikrah cabang. Dalam individu seorang muslim, juga dalam masyarakat Islam, yang menjadi asas, adalah Aqidah Islamiyah. Perubahan total ini tertuju pada kerusakan sesuatu yang bersifat mendasar dan fatal, sehingga harus diadakan perubahan pada asasnya, yang berlanjut pada cabang-cabangnya.

Tujuan 'manhaj' Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya sistem Islam. Ia membawa maksud melakukan "Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki.


3. Islah

Untuk melakukan perubahan yang besar ia mesti dimulakan dengan langkah yang pertama. Langkah pertama itu ialah diri manusia itu sendiri, dan dalam diri manusia itu anggota yang pertama yang mesti dimulai ialah hati.

Dalam melakukan pembaikan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah

Islah adalah perubahan yang bersifat parsial. Asumsinya, asas yang ada masih selamat/benar, atau hanya terkotori oleh sesuatu ide asing. Yang mengalami kerusakan bukan pada asasnya, tetapi cabang-cabangnya. Maka, perubahan parsial ini hanya tertuju pada aspek cabang, bukan aspek asas.

No comments:

Post a Comment