Friday

Lima sen, dua biji pil penahan sakit, dan seunit penyepit rambut

Misi Life Line for Gaza (LL4G) telah mengorbankan 9 nyawa dan majoritinya adalah warga Turki. Bagi warga Turki masalah Palestin merupakan sebahagian dari masalah mereka, dari orang no 1 Turki hinggalah kepada rakyat jelata. Penderitaan rakyat Gaza dirasai oleh warga Turki, sekurang-kurangnya mereka telah melakukan pelbagai inisiatif untuk membebaskan Gaza - walaupun dianggap oleh kerajaan Israel sebagai provokasi.

Ini mengingatkan saya kepada sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang kanak-kanak perempuan warga Turki berusia 9 tahun kepada warga Gaza pada akhir Januari tahun 2009 yang disiarkan dalam media dan blog Turki.



Terjemahan:

"Kami menonton dalam berita bagaimana warga Gaza menderita. Saya hanya mampu memberikan 5 sen dan dan sedikit ubat penahan sakit bagi rakyat Gaza, kerana keluarga saya benar-benar miskin.

Saya sangat berharap supaya saya mampu untuk memberikan 100 Lira Turki, tetapi saya tidak mempunyainya. Sila berikan jawapan anda, saya berharap supaya kam boleh membantu anda lagi.

Jangan takut, dan selamatkan diri anda supaya tidak terbunuh. Jaga diri dan anak-anak anda serta jangan berputus asa."

--------------------------------------
Begitulah terjemahan isi suratnya.

Mungkin tersangat kecil nilainya (5 sen, 2 biji panadol dan 1 unit penyepit rambut) di sisi kita dan kita mampu untuk memberikan lebih dari sepuluh ringgit sebulan secara berterusan. Mudah-mudahan peristiwa berdarah berdarah Free Gaza Floatilla dapat meningkatkan rasa (syuur) persaudaraan dan pengorbanan kewangan kita kepada warga Gaza.

Salurkan sumbangan anda melalui

Haluan Palestin:
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644-9020-8528

sumber:
http://artintifada.wordpress.com/
http://www.lifeline4gaza.org


No comments:

Post a Comment