Friday

Jagalah sudut-sudut Islam di mana anda berada!

Dr Yusof AlQardhawi menceritakan pengalamannya dalam persidangan orang-orang Islam Itali yang dihadirinya dalam buku Wawasan Islam Antara Keaslian dan Kemodenan (Judul asal: Al Thaqafah Al Arabiah Al Islamiah baina Al’Asliah wa Al Mu’asirat).

Pada kesempatan itu, saya berjumpa dengan salah seorang Muslim bangsa Itali yang menceritakan tentang Sebab-musabab keislamannya. Katanya : "Saya pernah berjumpa dengan seorang Muslim asal dari negeri Morocco yang berniaga barang-barang runcit dengan kereta sorong pada ketika musim sejuk. Ia pergi ke hilir ke mudik untuk menjajakan barang dagangannya tanpa menghiraukan cuaca yang sangat sejuk.

Saya bertanya kepadanya : "Apakah yang mendorong awak berniaga dalam cuaca yang sangat sejuk ini..?

"Untuk mencari rezeki Allah", jawabnya.

Kata saya: "Apakah hasil perniagaanmu itu mencukupi..?

Jawabnya : "Segala puji bagi Allah, dari basil perniagaan ini, sebahagian saya gunakan untuk keperluan dan sisanya akan saya kirim kepada keluarga dan ayah bonda saya di Morocco".

Kata saya: "Apakah awak bertanggungjawab atas mereka (ayah bonda)..?".

"Keredhaan Allah berada diatas keredhaan orangtua dan memelihara hubungan silatur rahim itu memberkati kehidupan".

Orang Itali itu menegaskan: "Ini bermakna awak redha dan suka dengan kehidupan awak sekarang ni..?

Jawabnya: "Ya saya redha dan menerima, Alhamdulillah, semoga Rabb sentiasa melimpahkan nikmat kurnia-Nya kepada hamba".

Orang Itali bertanya lagi: "Siapakah yang telah mengajarkanmu perkara ini semua..?

"Agamaku, Islam, yang telah mengajarkanku perkara ini semua", jawabnya.

Orang Itali itu bertanya lagi: "Macam mana saya boleh belajar tentang agama kamu itu..?

Kata pedagang itu: "Saya ni orang biasa, tidak berpelajaran tinggi, jika awak suka bolehlah pergi ke Masjid sana dan berjumpa dengan Imam yang boleh memberikan penjelasan secukupnya kepada awak".

Maka keduanya pun pergi ke masjid. Selang beberapa hari kemudian orang asal Itali tersebut sudahpun memeluk agama Islam dan kemudian bergiat cergas mengikuti majlis-masjlis ta'lim dan aktiviti-aktiviti Dakwah Islamiah.

Sumber:
Yusuf Al Qardhawi, Wawasan Islam Antara Keaslian dan Kemodenan (Judul asal: Al Thaqafah Al Arabiah Al Islamiah baina Al’Asliah wa Al Mu’asirat).

No comments:

Post a Comment