Monday

Seerah Sahabat: Auf Bin Malik

Dalam perhimpinan pagi di Kolej pada hari Isnin 25/10/10, Yang Berbahagia Ustaz Mahammad Senik mengajak staf Kolej menghayati nilai teras kedua Kolej iaitu akauntabiliti dan integriti dalam menjalankan tugas. Beliau membawakan dua seerah iaitu seerah mimpi Auf bin Malik berdialog dengan Sha’b bin Jastamah setelah setahun kematiannya dan impian Saidina Umar memenuhkan generasi AlQuran dalam masjid Nabawi.

Diceritakan bahawa ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik.

“Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari.

“Betul begitu?” tanya Auf.

“Betul.” jawab Sha’b.

Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya.

“Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf.

“Benar.” jawab Sha’b.

“Bagaimana keadaan dirimu?”

“Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.”

Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ.

“Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf.

“Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”

Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b.

“Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”

Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.

Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b.

“Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf.

“Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar. Aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi.

Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.”

Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.

Kata Abul Khaththab, Auf bin Malik al-Asyja’i adalah salah seorang sahabat yang menjadi saksi perjalanan sejarah Islam pada masa-masa awal. Ia sempat menyaksikan kematian Nabi SAW., ikut aktif dalam peristiwa penaklukan Baitul Maqdis bernama Amirul Mukminin Umar Ibnul Khaththab yang berakhir dengan peristiwa perdamaian pada tanggal lima Dzulqa’idah tahun enam belas Hijriyah, ikut terlibat dalam pembagian harta kekayaan Kisra yang jatuh ke tangan Amirul Mukminin Umar Ibnul Khaththab, dan turut dalam Perang Jamal serta Perang Shiffin.

Selain itu , Auf bin Malik juga sempat menyaksikan terjadinya peristiwa wabah penyakit mautan yang melanda Syiria sebelum itu. Penyakit tersebut lazim disebut dengan penyakit tha’un amwas (malaria). Peristiwa itu merenggut korban meninggal dunia sebanyak dua puluh enam ribu jiwa. Tetapi, menurut al-Madini, hanya dua puluh lima ribu jiwa. Amwas sendiri sebenarnya adalah nama sebuah desa yang terletak antara kota Ramalah dan Baitul Maqdis. Di tempat inilah seorang yang menjadi kepercayaan umat Islam bernama Abu Ubaidah ibnul-Jarrah dan seorang Amir yang memiliki pengetahuan Agama cukup mendalam bernama Abu Abdurrahman alias Mu’adz bin Jabal meninggal dunia.

Imam Ahmad bin Hambal dalam kitabnya Tarikh Ahmad mengatakan, “Wabah penyakit Tha’un amwas melanda pada tahun delapan belas Hijriah.”

Tetapi, menurut pendapat Imam Ahmad seperti yang dikutip oleh Abu Zara’ah ar-Razi, wabah penyakit tersebut terjadi pada tahun tujuh belas atau delapan belas Hijriah. Dan, pada tahun Sembilan belasnya, Khalifah Umar Ibnul Khaththab pulang dari wilayah Saragh.

Setelah kelima bencana tersebut berlalu, Auf bin Malik al-Asyja’I masih dikaruniai usia panjang sampai zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun tujuh puluh tiga Hijriah. Di padang Shiffin ia terserang penyakit asma yang cukup berat. Menurut al-Waqidi, Auf bin Malik al-Asyja’i meninggal dunia di Syiria pada tahun tujuh puluh tiga Hijriah tersebut. Kalau pendapat al-Waqidi itu benar, berarti Auf meninggal dunia pada masa Khalifah al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan.

Rujukan
1-Nota kuliah Uz Mahamad Senik
2-http://www.hanan.com.my/print.php?sid=720
3-web:http://www.jkmhal.com/main.php?sec=content&cat=2&id=12387
“Rahasia Kematian, Alam Kubur & Kiamat” - Imam Al-Qurthubi.

No comments:

Post a Comment