Wednesday

Ekspo Cheng Ho

Di Kota Bharu telah berlangsung Ekspo Cheng Ho, bermula dari 21 November 2010 hingga 26 November 2010.

Kelihatan sebahagian dari 30 orang pelajar KTD yang menghadiri Forum
Perniagaan Antarabangsa Cheng Ho yang disampaikan dalam Bahasa Mandarin
(Ihsan Nanyang Siang Pau Edisi Pantai Timur 24/11/10)

Laksamana Cheng Ho merupakan satu nama yang tidak asing di seluruh nusantara (Kepulauan Melayu), para sarjana sejarah telah merumuskan bahawa terdapat tujuh (7) siri pelayaran beliau menjelajah dunia. Uniknya pelayaran beliau merupakan misi rombongan persahabatan dan kemakmuran walaupun misi pelayaran beliau mampu untuk menakluki mana-mana negeri yang beliau kunjungi jika itu yang beliau mahu. Pelayaran pertama beliau dalam tahun 1405, kekuatan armada laut yang dipimpin beliau ialah 27,800 anak kapal dengan 62 buah kapal besar dan 192 buah kapal kecil. Mengikut ahli sejarah penduduk Melaka ketika itu disekitar 5,000 orang sahaja. Jika beliau mahu menawan Melaka ketika itu bukanlah satu perkara yang sukar, tapi sebaliknya beliau menghulurkan tangan persahabatan kepada Sultan Melaka.
Laksamana Cheng Ho bukan sahaja terkenal di Melaka dan Kelantan malah beliau juga disanjung di Pulau Jawa, Palembang, Acheh, Sri Langka dan lain-lain negara lagi.

Satu perkara bermain dibenak saya! Sekiranya pola pemikiran Cheng Ho sama seperti Sun Tzu, seorang lagi pemimpin besar dalam sejarah China. Pihak korporat dan pemimpin politik Amerika Syarikat banyak menggunapakai prinsip dan strategi yang dianjurkan oleh Sun Tzu.

Mantan Presiden Amerika mengguna-pakai Prinsip ketiga dalam Seni Perang Sun Tzu iaitu mengguna stategi menyerang, Bush akan melobi dan melebelkan musuh-musuh Amerika sebagai paksi syaitan dan negara-negara yang tidak bersama Amerika memerangi mereka sebagai negara yang bersekutu dengan paksi syaitan. Tiada yang dikatakan sebagai negara-negara berkecuali, Bush memaksa negara-negara umat Islam dan lain-lain negara yang bersimpati membuat keputusan!

Apakah yang membentuk pemikiran Cheng Ho? Saya pasti akidahnya! Dengan akidahnya, posisinya dapat dimainkan dengan sempurna - bukan sahaja beliau merupakan muslim yang baik tetapi masyarakat disekelilingnya juga dapat menafaat terutamanya negara-negara umat Islam yang kecil, berpecah-belah dan lemah seperti Melaka, Kelantan, Jawa, Pelembang dan Sumatra. Ekspo begini juga membantu untuk orang Melayu membuka dan melebarkan minda pemikirannya.
PelayaranWaktuDaerah yang dilewati[1]
Pelayaran ke-11405-1407Champa, Jawa, Palembang, Malaka,Aru, Sumatra, Lambri, Ceylon, Kollam,Cochin, Calicut
Pelayaran ke-21407-1408Champa, Jawa, Siam, Sumatra, Lambri, Calicut, Cochin, Ceylon
Pelayaran ke-31409-1411Champa, Java, Malacca, Sumatra, Ceylon, Quilon, Cochin, Calicut, Siam, Lambri, Kaya, Coimbatore, Puttanpur
Pelayaran ke-41413-1415Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Cochin, Calicut, Kayal, Pahang, Kelantan, Aru, Lambri,Hormuz, Maladewa, Mogadishu, Brawa,Malindi, Aden, Muscat, Dhufar
Pelayaran ke-51416-1419Champa, Pahang, Java, Malacca, Sumatra, Lambri, Ceylon, Sharwayn, Cochin, Calicut, Hormuz, Maldives, Mogadishu, Brawa, Malindi, Aden
Pelayaran ke-61421-1422Hormuz, Afrika Timur, negara-negara diJazirah Arab
Pelayaran ke-71430-1433Champa, Java, Palembang, Malacca, Sumatra, Ceylon, Calicut, Hormuz... (17 politics in total)

Ekspo ini juga mengambil semangat persahabatan dan kemakmuran yang dianjurkan oleh beliau dengan menghimpunkan usahawan China Muslim dari pelbagai wilayah di China untuk membantu orang-orang Islam lain di Tanah Melayu (Malaysia, Selatan Thai dan Indonesia). China pada hari ini merupakan kuasa baru ekonomi dunia dengan dengan memintas Jepun, dengan bilangan penduduk 1.4 billion China dijangka akan memintas Amerika Syarikat pada tahun 2027.

Selepas kegagalan sistem komunis pada tahun 1990 dengan mengakibatkan pecahnya Kesatuan Soviet kepada negara-negara kecil, kini sistem kapitalis pula mengekorinya. Pelbagai siri krisis ekonomi telah timbul semenjak tahun 1997, kemudian masalah kredit (sub-prima) Amerika dalam 2007 dan yang terbaru ialah masalah ekonomi yang melanda sebahagian negara-negara eropah.

Penganalisis ekonomi menjangkakan kemelesetan ekonomi akan berlaku pada tahun 2012, nampak gayanya negara-negara barat lebih bersedia menghadapinya dengan mula memfokuskan pasarannya ke timur. Tidak hairanlah Obama dan Hiliray Clintan berkunjung ke Asia Tenggara selain dari India (jumlah penduduk 1.1 Billion) dan China (1.4 Billion)

Obama memainkan sentimen Indonesia dengan menghafal beberapa kalimah melayu untuk menarik siswa Indonesia - seperti 'pulang kampung nih' (tapi sebenarnya 'ada udang disebalik bakso nih')



Rujukan
http://en.wikipedia.org/wiki/Zheng_He
http://id.wikipedia.org/wiki/Zheng_He
http://ms.wikipedia.org/wiki/Zheng_He
http://en.wikipedia.org/wiki/Preemptive_war
http://www.bloomberg.com/news/2010-08-16/china-economy-passes-japan-s-in-second-quarter-capping-three-decade-rise.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Credit_crunch
http://www.guardian.co.uk/business/2010/nov/22/90bn-irish-bailout-turmoil-europe
http://en.wikipedia.org/wiki/Subprime_mortgage_crisis
http://www.telegraph.co.uk/finance/economics/7913302/Jim-Rogers-predicts-a-new-recession-in-2012.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Jim_Rogers

1 comment: