Friday

Pesat - Catatan 3 Mac 2011

Pada malam ini tiba giliran Hisham memberikan tazkirah, mentornya memberikan kebebasan dalam memilih skop dan tajuk tetapi syaratnya mesti berpaksikan kepada sumber ajaran Islam.

Hisham merupakan pelajar yang telah kehilangan ibunya dan berasal dari selatan semenanjung tanah air. Beliau pintar memilih bahan dan sumber, beliau memilih untuk membincangkan sebuah hadis sahih mengenai ibu riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli?” Beliau menjawab, “Ibumu! Ia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasul menjawab lagi, “Ibumu!” Ia balik bertanya, “Siapa lagi?” Rasul kembali menjawab, “Ibumu!” Ia kembali bertanya, “Lalu siapa lagi?” Beliau menjawab, “Bapakmu!”

Realiti beliau yang telah kehilangan ibu membuatkan beliau insaf betapa pengorbanan ibunya. Dalam komentarnya mengajak sahabat-sahabatnya menghargai dan memuliakan ibu, katanya "ibu telah mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan kita katanya." "Ibu menjaga dan memelihara kita semnjak tidak berdaya." Sambungnya lagi. "Ibu tidak membenarkan walaupun seekor nyamuk ingin mengigit bayi, kerana ketika itu bayinya tidak berdaya untuk mempertahankan diri dari gigitan seekor nyamuk kecil," Begitu juga jika ia akan mengadaikan nyawanya tanpa berfikir panjang semata-mata mahu menyelamatkan bayinya hatta meredah api kebakaran atau terjun ke dalam air.

No comments:

Post a Comment