Friday

Program PESAT

PESAT merupakan akronim kepada pembangunan sahsiah terpuji. Program Pesat merupakan sebahagian dari sistem pembangunan pelajar di KTD. Walaupun sistem ini masih baru dan terdapat banyak kelemahan tetapi proses penambahbaikan terus berjalan. Tanpa disedari oleh warga pendidik dan pelajar KTD yang sama-sama mendokong sistem ini sebenarnya hasil dan buah dari sistem ini telah mula dinikmati oleh masyarakat melalui maklumbalas yang diterima secara langsung oleh sebahagian warga KTD dan juga sebahagian dari graduan KTD cerita satu dan cerita dua.



PESAT merupakan program pendidikan bersepadu (tarbiyyah) yang dirangka khusus bagi melahirkan pelajar yang profesional, berketerampilan dan beretika. Program pembangunan PESAT meliputi komponen-komponen berikut:

Pembangunan rohani,
Pembangunan jasmani,
Pembangunan minda dan nilai,
Perancangan dan pengurusan, dan
Kemahiran keinsanan.


Antara objektif perlaksanaan PESAT ialah untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Memberi kefahaman Islam kepada pelajar bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah,
Supaya pelajar mendapat ilmu yang memperkasa diri menjadi insan terpuji serta cemerlang akademik,

Agar pelajar dapat melaksanakan ibadah terutama ibadah khusus dengan betul,

Membimbing pelajar menjadi contoh teladan yang baik, dan

Melahirkan pelajar yang boleh berbakti dan memimpin masyarakat pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment