Friday

Penutup Pesat Semester 2- Ziarah LiLlah

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan – yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: “Ke mana engkau menghendaki?” Orang itu menjawab: “Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini.” Malaikat bertanya lagi: “Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?” Ia menjawab: “Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah.” Malaikat lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu – guna memberitahukan – bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu karena Allah.” (Riwayat Muslim)



Pelajar-pelajar dari kumpulan pesat saya menziarahi sahabat mereka saudara Isyad di Kg Guchil Kuala Krai. Mereka mengambil inisiatif menyewa kereta semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Perjalanan dari kolej di Pengkalan Chepa mengambil masa kira-kira satu jam tiga puloh minit. Kami disambut dan dilayan mesra oleh En Hashim dan keluarga.






Program ziarah ini merupakan program penutup bagi semester ini kerana pelajar-pelajar program KTD akan menghadapi peperiksaan akhir bermula 10 April dan berakhir pada 21 April.

No comments:

Post a Comment