Friday

Redha Allah vs Redha Manusia



قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Rasulullah, Aisyah dan lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda seperti hadith.
“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.” Hadith sahih di dalam Sunan atTirmizi

Hadis ini di hayati oleh Rabi'a bin Haitam yang merupakan seorang imam dan datuk bandar Kota Basra. Di mana pada suatu hari ia telah meminta isterinya menyediakan suatu masakan istimewa. Oleh kerana sifatnya yang jarang membuat permintaan sedemikian telah menyebabkan isterinya menunaikan permintaannya dengan penuh kesungguhan.

Apabila masakan telah siap disediakan Rabi'a membawa makanan tersebut ke rumah seorang jirannya yang cacat dan terencat akal. Bahkan beliau sendiri yang menyuapkan makanan itu ke dalam mulut jirannya itu. Sedang ia menyuapkan makanan itu air liur orang yang cacat dan terencat akal itu jatuh meleleh dari mulutnya, namun Rabi'a tetap sabar dan bersungguh-sungguh meneruskan suapannya ke mulut jirannya itu.

Selesai ia menyuapkan makanana tersebut ia pun kembali ke rumahnya, setibanya di rumah isterinya merungut dan meleterinya kerana Rabi'a memberikan makanan yang disediakannya dengan penat lelah dan susah payah kepada seorang yang sama sekali tidak tahu apa yang dimakannya. Rabi'a hanya menjawab, "Tetapi Allah SWT tahu sepenuhnya dan keredhaanNya sahaja yang aku harapkan."

Adaptasi: Islam Mencabar, Maryam Jameelah

No comments:

Post a Comment