Sunday

Kursus Asas Perakaunan

Seorang pelajar merungut kerana dalam programnya diwajibkan mengambil kursus Perakaunan Kewangan; “ Saya bukan mahu menjadi akauntan, kenapa perlu saya belajar kursus ini.” Nasihat bekas Pengerusi IT&T kepada pegawai-pegawainya: “ Untuk menjalankan perniagaan dengan baik anda perlulah mengetahui makna angka-angka kewangan.” Untuk berjaya dalam sebarang perniagaan anda mestilah kembali kepada makna angka-angka tersebut. Anda akan bergantung ke atasnya untuk untuk membuat keputusan-keputusan, para pengurus akan menggunakan angka-angka tersebut untuk menilai prestasi anda. Itulah realitinya sama ada anda bekerja di bahagian pemasaran, pengeluaranm pengurusan, atau sistem maklumat.

Dalam perniagaan, penyata kewangan dan laporan perakaunan merupakan alat untuk menyampaikan prestasi perniagaan dalam bentuk angka-angka. Jika anda tidak tahu bagaimana mentafsirkan penyata kewangan, anda sebenarnya tidak benar-benar tahu perniagaan anda.

Banyak syarikat memperuntukkan belanja yang besar untuk melatih anggota mereka asas perakaunan supaya membaca penyata kewangan dan memahami bagaimana tindakan mereka akan memberi kesan kepada kewangan syarikat. Untuk membolehkan syarikat terus kekal dan berdaya saing, setiap anggota syarikat mestilah berfikir seperti seorang ahli perniagaan dan bertindak seperti pemilik syarikat. Untuk meningkatkan kesedaran ini ia boleh dibuat dengan kaedah “open-book management”, di mana anggota-anggota syarikat diberikan kursus asas perakaunan dan mengambil bahagian aktif dalam pembentangan dan ulasan bulanan prestasi kewangan syarikat.

Kursus asas perakaunan akan menjadikan pelajar-pelajar 'celik kewangan'. Dalam kursus ini pelajar akan diajar bagaimana membaca dan menyediakan penyata kewangan serta menggunakan alat asas untuk menilai hasil kewangan.

No comments:

Post a Comment