Wednesday

Tanggungjawab Pelajar Muslim - Pengurusan Diri

Pengurusan Diri - Sheikh Mustafa Masyhur

Pengurusan diri hendaklah dibuat dengan rapi dan teratur sama ada di rumah atau kolej/universiti. Tempat tidur dan tempat belajar sentiasa dalam keadaan kemas dan tersusun rapi selepas digunakan. Pakaian, buku-buku dan nota-nota kuliah sentiasa teratur supaya mudah untuk dicari apabila diperlukan.

a. Kebersihan Diri

Pelajar muslim mestilah sentiasa membersihkan diri sama ada dari segi zahir mahupun batin. Kebersihan batin yang dimaksudkan ialah kebersihan hati, ia mesti diberikan keutamaan. Ia mesti dibersihkan dari sifat-sifat terkeji seperti riak, ujub, takabbur, dendam, hasad,dengki dan lain-lain sifat yang dimurkai oleh Allah.

Pelajar muslim contoh bertanggungjawab untuk memenuhkan hatinya dengan sifat-sifat yang terpuji seperti taqwa, ikhlas, tawadhu’, belas kasihan dan lain-lain sifat terpuji. Seterusnya pelajar muslim mesti menjaga kebersihan fizikal tubuh badannya dan persekitarannya seperti tempat tidur dan meja tulisnya.

b. Pengurusan Masa

Pengurusan dan pembahagian masa hendaklah dibuat dengan baik. Agihan masa belajar, ulangkaji, rehat, riadah, ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dibuat dengan dengan cermat dan menasabah serta berdisiplin dalam mematuhi kepada agihan yang telah dibuat. Elakkan diri dari meninggalkan atau membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak bermenafaat bagi seorang pelajar.

Strategi dan teknik belajar yang berkesan hendaklah dilakukan dari awal semester lagi. Belajar pada saat akhir hendaklah dielakkan oleh seorang pelajar muslim contoh. Pelajar muslim mengulangkaji secara konsisten dan sederhana sepanjang semester pengajiannya.

c. Memilih Kawan (Sahabat) Rapat

Pelajar Muslim hendaklah pandai memilih kawan (sahabat) karib dari kalangan kawan- kawannya. Kawan-kawan hendaklah kawan-kawan yang soleh dan mengelakkan diri dari berkawan pemuda-pemuda yang jahat. Perhubungan dengan kawan-kawan hendaklah sederhana dan dapat dikawal supaya tidak mengambil (mencuri) masa mengulangkaji pelajaran.

d. Bijak Memilih Bacaan Ringan

Bijak memilih bahan bacaan ringan bagi tujuan merehatkan minda. Bahan bacaan yang pilih mestilah berfaedah dan dapat menyihatkan akal dan jiwa serta bersih dari noda dan dosa.

Rujukan: Mustafa Masyhur, Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Al Qudwah 'Ala Tariq Al Da'wah)

No comments:

Post a Comment