Monday

Tanggungjawab Pelajar Muslim - Hubungan dengan Allah

Menjaga Hubungan dengan Allah - Sheikh Mustafa Masyhur

a. Sentiasa ZikruLlah dan Berdoa
Pelajar Muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan zikruLlah dan memohon perlindungan dari godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan nama Allah (BasmaLlah) dan do'a memohon pertolongan dari Allah. Ia kemudiannya mestilah menunaikan kewajipan terhadap ilmu pelajaran dan mengulangkaji dan mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah dan kemudian semasa menduduki peperiksaan mulakan peperiksaan dengan hati yang tandus. Apabila keputusan diumumkan, sekiranya keputusannya baik atau cemerlang maka terimanya dengan mengucap BasmaLlah dan mengucapkan tahmid sebagai ucapan bersyukur kepada Allah dan kembalikan kepadaNya atas segala pertolongan dan taufiqNya. Jika keputusan adalah sebaliknya, maka usahlah merasa sempit dada, kecewa dan berdukacita. Sesungguhnya ia adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki, ia boleh diperbaiki dan diubah dengan berusaha lagi dengan memperbaiki kelemahan dan kesilapan disamping mempertingkatkan keazaman dan ketenangan.

b. Sentiasa Berpegang Teguh Dengan Adab Dan Syariat Islam

Pelajar perempuan Muslim juga mesti menjaga dan memelihara adab-adab serta sifat sifat kewanitaannya seperti berpakaian dengan pakaian Islam yang sempurna dari segi bentuknya dan menjauhi apa yang dilarang dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang.

Menjaga diri dari tempat yang menimbulkan keraguan dan pergaulan bebas, mengangkat suara tinggi, ketawa dengan kuat (berdekah-dekah atau mengilai) dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi pelajar Muslim.

Pelajar perempuan Muslim juga mestilah berpegang dengan adab pemalu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama terutama yang berhubung dengan perempuan. Ia hendaklah melaksanakan peranaannya sebagai pendakwah terhadap kawan-kawannya.

Rujukan:
Mustafa Masyhur, Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Al Qudwah 'Ala Tariq Al Da'wah)

No comments:

Post a Comment