Friday

Usahawan Cilik - Joe Jarvis

Joe Jarvis, Usahawan berusia 5-tahun, Berjaya Menjalankan Perniagaan Pengutipan Sampah

Seorang pemilik perniagaan kecil memulakan tugas di awal pagi.
Joe Jarvis menjalankan perkhidmatan pengutipan sampahnya sendiri . Dia sedang sibuk menambah bilangan pelanggan perniagaannya dan merancang untuk menambahkan dua orang pekerja. 

Kisah ini kedengarannya seperti cerita biasa kejayaan bagi perniagaan kecil, tetapi terdapat sesuatu yang luarbiasa tentang pengusaha bisnes ini: dia baru berusia lima tahun. 

'Garbage Man Joe,' sebagaimana ia memanggil dirinya, ia memberi perkhidmatan kepada jiran-jirannya mengangkut tong sampah mereka ke pinggir jalan setiap malam Minggu. 

Perkhidmatan pelanggan kelihatannya datang secara natural kepada pengusaha kecil yang cepat matang: "Dia tidak pernah gagal," kata salah seorang jirannya. "Jika dia pergi melawat neneknya, ia akan meninggal nota yang menyatakan bahawa; "tiada perkhidmatan minggu ini"." 

Sumber:http://www.huffingtonpost.com/2013/04/12/joe-jarvis-5-year-old-entrepreneur_n_3070485.html

No comments:

Post a Comment