Friday

Ke arah Memahami Penyata Kewangan 1


Terdapat tiga penyata kewangan yang penting dalam sesuatu perniagaan iaitu:

• Penyata Pendapatan;
• Kunci Kira-kira; dan
• Penyata Aliran Tunai.

Penyata kewangan merekodkan prestasi perniagaan dan membolehkan anda dan yang lain mengenal pasti kekuatan dan kelemahan perniagaan dengan menyediakan ringkasan bertulis mengenai aktiviti kewangan bagi tempoh tertentu. Untuk menguruskan perniagaan secara proaktif, anda perlu merancang bagi menyediakan penyata kewangan ini secara bulanan, mengkaji semula hasil dan membuat analisis untuk penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment