Friday

Kisah Dua orang sahabat



Dua orang sahabat yang sedang bermusafir melalui sebuah padang pasir yang luas. Sebaik sampai sahaja di suatu tempat perhentian maka berlaku satu pertengkaran di antara mereka, oleh kerana kepenatan agaknya, seorang daripada mereka tidak dapat menahan kemarahannya lalu menampar sahabatnya itu. Sahabat yang kena tampar tadi sangat marah, kecewa dan tersinggung, tetapi tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun lantas ia menulis kemarahannya di atas pasir di situ:

"HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR MUKAKU"

Mereka meneruskan perjalanan, sehingga mereka menjumpai sebuah tasik, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi di situ. Salah seorang daripada mereka (yang kena tampar) telah mengalami kejang otot dan lemas, tetapi sahabatnya telah sempat menyelamatkannya dari lemas. Selepas pulih sepenuhnya dan sejurus sebelum meneruskan perjalanan, ia sekali lagi sempat mencatatkan peristiwa tadi di atas batu di situ:

"HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU"

Sahabatnya itu bertanya dengan kehairanan kepadanya, "Kenapa selepas aku menampar mukamu, engkau menulis di atas pasir, dan sekarang, engkau menulis pula di atas batu?"

Sahabat itu menjawab: "Apabila seseorang menyakitimu, kita perlu menulis di atas pasir, supaya bayu kemaafan boleh memadamkannya, tetapi apabila seseorang melakukan kebaikan kepada kita, kita mesti memahatkannya di atas batu, supaya angin (kemarahan) tidak dapat memadamkannya (melupakannya)."

No comments:

Post a Comment