Friday

Perakaunan: Pemadanan Hasil dan Belanja





Tuan Nik Mohd Tarmidzi terkejut apabila beliau mendapati perbelanjaan operasi perniagaan beliau mencecah RM24,000 sebulan tanpa mengambil kira kos tenggelam seperti belanja susutnilai, kos kursus dan latihan, penyelidikan, pengiklanan, peralatan khas, rundingan dan lain-lain.

Sebelum sesuatu hasil dapat dijana oleh mana-mana perniagaan dan syarikat, banyak belanja yang terlibat. Dalam kes perniagaan tuan Nik pelbagai mesin dan alatan canggih yang perlu digunakan, kursus-kursus teknikal yang perlu dihadiri staf beliau untuk membolehkan beliau menjalankan perniagaan dengan berkesan dan cekap.

Perolehan pelbagai aset dan kursus-kursus teknikal melibatkan kos yang tinggi yang mana perlu dipadankan dengan hasil yang dijanakan supaya dengan itu dapat memberikan gambaran sebenar prestasi perniagaan.

No comments:

Post a Comment