Wednesday

Wawasan Hidup


Seorang pengurus projek sedang membuat pemerhatian terhadap tiga pekerja binaannya. Dia telah memerhatikan mereka untuk beberapa hari dan mendapati bahawa walaupun ketiga-tiga mereka telah melakukan jenis kerja yang sama, terdapat perbezaan yang ketara dalam cara bekerja dan kualiti hasil kerja mereka.

Dia membaca laporan penyelia bagi ketiga-tiga pekerja tersebut.
1. Pekerja pertama dilaporkan sering datang kerja lewat, melakukan kerja-kerja dengan 'melepas batuk di tangga sahaja', bekerja dengan lambat dan suka berehat lama, kerap melihat jam di tangannya, dan sering meninggalkan kerja sebelum masa tamat.
2. Pekerja kedua dilaporkan sangat menepati masa dalam datang dan pulang, dan melakukan kerja-kerja yang teratur dan bersungguh-sungguh. 
3. Pekerja ketiga dilaporkan sentiasa datang awal, berehat seketika untuk melepaskan lelah dan sering bekerja lebih masa.

Pengurus tersebut kehairanan dan ingin tahu apakah pandangan ketiga-tiga pekerjanya itu terhadap tugas mereka. Lantas beliau memanggil pekerja-pekerja tersebut bagi sesi ramah mesra dan bertanya kepada mereka apa yang mereka lakukan. 
1. Pekerja pertama menjawab; "saya bekerja mencari sesuap nasi untuk dirinku dan keluarga di bawah tanggunganku".
2. Pekerja kedua berkata; "Saya membina bangunan". 
3. Pekerja ketiga memandang bangunan yang megah dan berkata; "Saya sedang membina institusi bagi tamaddun manusia."

No comments:

Post a Comment