Tuesday

Saidina Ali ra dan Kehidupan Dunia


Suatu hari ketika Saidina Ali r.a sedang berehat di bawah pokok zaitun kerana keletihan setelah berkerja seharian ia didatangi oleh seorang lelaki dan mencemuh beliau.

Lelaki: "Engkau adalah khalifah yang mengarahkan  angkatan tentera untuk menakluk Andalusia dan Parsi. Betapa bodohnya engkau duduk berehat di bawah pokok  sedang engkau boleh melonggokkan setinggi bukit harta benda dalam bentuk emas permata. Bolehkan engkau beritahu aku sesiapa yang telah mati bangkit dari kubur seperti mana yang selalu engkau memberitahu kami dalam khutbahmu tentang kehidupan selepas mati."

Saidina Ali: "Ya aku adalah khalifah. Aku menyakini kehidupan selepas kematian, di mana engkau tidak mempercayainya. Engkau dengan keyakinanmu dan aku dengan keyakinanku. Aku mengambil sedikit sahaja dunia ini kerana aku yakin bahawa ianya tidak dapat dibawa masuk dalam kubur dan ganjaran pahala yang lebih besar menunggu di kehidupan akhirat. Dan engkau? mengambil semua di dunia sama ada secara hak atau batil kerana engkau menyakini tiada balasan selepas kematian."

kata Saidina Ali lagi:"Justeru aku menyakini ada kehidupan selepas kematian mendorong aku mematuhi perintah Allah dan melakukan kebajikan kerana aku yakin ada balasan nikmat syurga dan siksaan neraka. Dan engkau? Engkau bebas melakukan mengikut kehendak hawa nafsumu. Kita sama-sama tidak tahu apa sebenarnya akan terjadi nanti selepas kematian kita. Ya benar tiada orang mati yang bangkit dari kubur menceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Baiklah, katakan andaian engkau benar bahawa tiada kehidupan selepas kematian, tiada pahala dan dosa, tiada syurga dan neraka. Maka apabila kematian sampai, engkau dan aku tidak akan mengalami sebarang kerugian. Tetapi bagaimana jika keyakinan aku adalah benar, memang benar wujud kehidupan dan pembalasan syurga dan neraka selepas kematian. Siapakah yang akan menglaami kerugian?"

Adaptasi: Majalah Haluan Edisi 8 halaman 47

No comments:

Post a Comment