Friday

Umar dan Rakyatnya


Suatu hari Khalifah Umar al-Khattab ra dalam perjalanan pulangnya dari Syam ke Madinah melalui sebuah padang pasir. Dalam perjalanan itu beliau terlihat sebuah Khemah yg dihuni oleh seorang Wanita tua, lalu beliau pergi kepadanya.

Wanita Tua itu berkata kepada Umar: “Wahai Pemuda, apakah Khabarnya Khalifah Umar al-Khattab?”
Umar menjawab: “Dia sedang dalam perjalanan dari Syam ke Madinah”
Wanita Tua itu berkata: ‘Semoga Allah tidak memberikan kebaikan kepadaNya’.
Umar bertanya: ‘Kenapa begitu?’
Wanita Tua itu menjawab: ‘Kerana sejak dia menjadi Pemimpin aku belum pernah menerima sebarang bantuan dpdNya’
Umar berkata: ‘Mungkin kerana Umar tidak tahu rumahmu yg terpencil dipadang pasir seperti ini’
Wanita Tua itu berkata: ‘Subhanallah! Aku tak sangka ada orang boleh jadi pemimpin suatu Negara tidak mengetahui seluruh keadaan tempat tinggal rakyatNya’

Lalu Umar menangis dan meratap: ‘Duhai celakanya Umar, bagaimana Engkau akan menjawab ucapan wanita ini di akhirat Nanti?”
*‘Tarikh al-Muntazam’ oleh Imam Ibn al-Jawzi

No comments:

Post a Comment